Game Zombie yang Tak Sofistikated

Sudah sampai masa pengakhiran musim panas bagi negara barat yang selalunya akan disusuli banyak permainan video dikeluarkan pada masa ini. Walaupun Malaysia tidak mempunyai musim-musim tertentu di Malaysia, selalunya permainan ini akan muncul sekitar bulan ini yang muncul di pasaran. Apa yang saya ada sekarang adalah Deadlight. Ia adalah permainan platform skrol tepi yang mempunyai banyak seni lukisan yang menarik dan cantik. Banyak pembangun memilih untuk menonjolkannya selepas Journey diterbitkan nampaknya.

Jadi apa itu Deadlight. Ia adalah satu lagi permainan Zombie. Ya, selepas memukul mereka dengan kayu baseball, memotong tangan mereka menggunakan parang, dan menembak mereka terus di kepala, permainan video zombie belum mati, sama seperti zombie sendiri. Jadi apa yang boleh membuatkan permainan ini berbeza dengan ratusan permainan zombie lain di luar sana?

Dunia Berada Dalam Kegelapan
Deadlight berlaku pada tahun 1986, di mana masih tiada komunikasi moden dan juga tiada Facebook atau Twitter untuk menyebar berita dengan laju. Ini bermakna cara terpantas untuk berhubung adalah dengan TV, radio dan juga surat (mesti ada yang dah lupa pasal ni). Ini sedikit sebanyak menolong jalan cerita kerana ia menaikkan tahap kesepian bagi individu dan kekecewaan

Karaktor utama dan penghuni bandar Randall Wayne tinggal di Seattle dan sedang menghadapi banyak masaalah. Isteri dan anaknya hilang. Ditambah lagi bayangan yang dia kehilangan keluarga, bandar dan juga dunia. Permainan bermula dengan Randall menembak rakan — rakannya kerana "dia digigit dan akan menjadi salah seorang dari mereka"

Secara tak langsung, zombie di dalam permainan ini dipanggil Shadow, tapi tiada penjelasasn mengapa. Zombie di dalam Deadlight adalah mutan yang bermata merah dengan daging mereput yang mengejar dan makan apa saja yang bergerak. Ia tak ubah macam zombie lain, bodoh dan hanya menakutkan kalau berada dalam jumlah yang ramai.

Randall, ketika berlawan dengan Shadow meninggalkan kumpulannya untuk mencari keluarganya. Pada masa ini anda perasan akan bandar yang dihuni Randall sudah buruk. Bangunan yang pecah, dinding yang runtuh, kereta yang ditinggalkan dan sampah sarap merata memberikan permainan ini terasa kelam dan betul — betul mengesahkan terdapat masalah zombie yang melanda.

Permulaan Hebat
Prolog bagi permainan ini amat menarik. Grafik dan video FMV yang hebat adalah kerana menggunakan Unreal Engine. Menggunakan format potongan adegan gaya buku komik juga membaiki cara jalan cerita dipersembahkan. Saya merasakan pembangunnya memang berusaha bersungguh — sungguh kerana apabila Randall mengembara di dalam bandar yang kusang ini, latar belakang suasana adalah amat cantik sekali. Namun saya tiada masa untuk melihatnya dengan lebih teliti kerana apa yang anda perlu lakukan adalah lari, tembak dan elak dari zombie.

Tak sempat habis tahap pertama lagi saya sudah perasan yang jalan ceritanya tidak begitu menarik. Senang cakap, semua dalam Deadlight ini stereotaip. Karaktor utama mencari orang yang hilang dan natarifnya penuh dengan sedih dan gelap. Karaktor lain pun macam dicilok dari mana — mana buku zombie. Ada polis kulit hitam yang mati menyelamatkan orang dan orang tua dalam longkang yang tahu segalanya. Formula biasa yang dah lapuk!

Selain dari tiada kejutan, dialog juga amat lemah dan tidak menarik langsung. Semua dah biasa dilihat dan didengar dari permainan lain. "I've been shot" dan "I'm dying" dah biasa sangat sampai nak muntah dengar.

Mujurlah ada beberapa bahagian di dalam permainan yang masih menarik perhatian. Di pertengahan Deadlight, manusia yang masih tidak dijangkiti akan menembak saya dari helikopter. Pada masa ini permainan menjadi "lari untuk menyelamatkan diri". Mencari jawapan kepada persoalan kenapa mereka nak membunuh saya menjadi satu misteri Deadlight yang saya memang ingin ketahui.

Puzzle Yang Pelik
Walaupun cara bermain bukan macam Resident Evil 4 atau Left 4 Dead, saya amat sukakannya. Permainan ini bukan saja memberikan anda senjata biasa macam segala jenis pistol/senapang dan kapak, tapi juga memberikan anda masalah untuk diselesaikan. Fikirkan permainan ini gabungan aksi dan puzzle. Jika saya nak kategorikannya sebagai permainan aksi, ia memang lemah tapi dari segi puzzle pula, ia amat bagus. Walaupun begitu banyak aspek puzzle ini boleh diperbaiki lagi.

Dari segi masa, masalah di dalam Deadlight adalah jelas dan senang diselesaikan. Jika Randall memasuki bilik, mesti ada jalan keluar. Tak boleh panjat pagar? Tak apa, lompat atas bumbung, tolak kotak dan sekarang ada tempat tinggi untuk anda panjat pagar itu. Senang saja!

Malah, bayangan penyelesaian bagi setiap masalah adalah amat senang dilihat. Kalau saya berjalan ke satu tempat, mesti akan ada sesuatu yang bersinar. Ia boleh dilihat di dalam banyak puzzle di mana ada satu tahap yang saya perlu menutup elektrik untuk pergi ke tempat lain. Jika saya melalui janakuasa, saya akan melihatnya dengan warna lain sedikit. Satu masalah yang saya tak suka adalah platform dan latar belakang nampak sama dan kadang — kadang saya akan jatuh ke bawah. Walaupun tak mendatangkan banyak masalah, dari segi aspek permainan yang hanya melibatkan jalan, lari, pecut dan panjat banyak lagi yang perlu dibaiki supaya ia lebih menyeronokkan.

Pergerakan yang terhad ini akan memberikan masalah pada tahap yang lebih tinggi. Ada masa yang saya terlambat pada masa yang saya patut pecut dan terlanggar pintu. Saya tahu butang yang perlu ditekan tapi ia tak menjadi walaupun telah ditekan dengan betul. Inilah sebab saya banyak mati dalam permainan ini. Macam tahap helikopter tadi. Saya dah hafal jalan dan tak kisah walaupun mata pun saya diikat sekalipun, saya boleh ingat lagi. Tapi majoriti masa kawalan mesti tak menyebelahi saya, walaupun saya dah tekan dengan betul.

Perkara Kecil
Walaupun begitu, terdapat masa untuk menghargai latar belakang permainan ini. Deadlight memang pandai mengggunakan warna yang kelam menjadikannya kelihatan bagai dari tahun 80'an. Muzik yang pilu juga membuatkan anda kesian pada Randall. Kombinasi kedua-dua ciri ini menjadikan saya terasa amat takut ketika mengembara di bandar dan sekelilingnya.

Tapi ia tak kekal lama. Kenapa? Kerana banyak tahap yang nampak sama. Lepas beberapa ketika setiap dinding dan puzzle terasa macam dah pernah jumpa. Potongan adegan dengan gaya buku komik juga mula rasa membosankan kerana tak banyak warna dan pergerakan yang sedikit. Tak banyak benda yang mengujakan untuk saya duduk dan menikmati permainan ini

Pengakhiran Gaya Retro
Walaupun tampak sama saja dengan permainan zombie lain, ada beberapa perkara yang membuatkan saya meneruskan bermain. Salah satunya adalah senario yang sedap mata memandang dan sesuai bagi mereka yang baru berjinak dalam permainan puzzle. Walaupun tak asli, tapi saya memang mengakui pengakhiran permainan ini tidak seperti yang saya sangka. Saya tak akan menceritakan apa yang berlaku jadi para pembaca perlu bermain sendiri untuk mengetahuinya.

Mujurlah Deadlight tidak lama untuk dihabiskan, hanya dalam lima jam saja. Jika lebih lama maka banyaklah benda yang pasti akan diulangi. Permainan ini ada tahap yang terasa lembab dan menjadikan pengalaman bermain agak tidak menyeronokkan. Ia juga terasa macam ia disiapkan dengan cepat dan tidak diperbaiki dengan betul. Namun suasana 80'an banyak menolong permainan ini menjadikannya ada sedikit perbezaan dengan permainan zombie lain. Senang kata ia bukan permainan yang bosan, tapi lebih sikit saja dari biasa.