Gempa bumi sederhana landa selatan Kepulauan Mariana

Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter, melanda selatan Kepulauan Mariana pada 5.12 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Kenyataan jabatan itu menyebut gempa itu berpusat pada 1,676 timur laut Bandaraya Tagum, Filipina dan 2,842km timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama, 23 Disember, 2013.