GENERASI BELIA PERLU UBAH PARADIGME, KATA MB PERLIS

KANGAR, 15 Jun (Bernama) -- Generasi belia perlu melakukan tranformasi

dengan menganjak paradigme supaya mampu bersaing dalam arus globalisasi yang

mencabar, kata Menteri Besar Perlis, Azlan Man hari ini.

Menurutnya, mereka perlu menjadi generasi yang positif pemikiran, perlakuan,

adab sopan dan sikap untuk menjadikan mereka generasi berdisiplin, berwawasan

dan berdaya saing.

"Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan belia dalam pelbagai

aspek pembangunan malah mereka juga diberi kepercayaan untuk menduduki jawatan

penting," katanya pada perasmian Festival Belia Negeri Perlis 2013 di Stadium

Utama di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis,

Abdul Jamil Saad.

Azlan juga mahukan para belia merebut peluang yang disediakan kerajaan untuk

memajukan diri serta membina masa depan cemerlang.

-- LAGI

AZLAN-BELIA 2 (AKHIR) KANGAR

Beliau turut berharap Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) bersama badan-badan

gabungannya menghasilkan sebanyak mungkin ikon belia dalam pelbagai bidang

supaya ia menjadi contoh dan pendorong kepada para belia untuk memajukan diri.

Sempena festival itu, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Arau

diumumkan sebagai pemenang anugerah Perdana Pertubuhan Belia peringkat Negeri

Perlis dengan menerima hadiah RM10,000 yang disampaikan Abdul Jamil.

Seorang pemimpin MAYC Kangar, Basri Ramli pula menerima anugerah Perdana

Belia Negara kategori lelaki peringkat negeri Perlis yang membawa hadiah RM3,000

manakala Affliana Amdan yang mewakili Gerakan Belia 4B Perlis memenangi kategori

wanita.

Dzairuzi Dahaman daripada Gerakan Belia 4B pula memenangi anugerah belia

harapan kategori lelaki manakala Nur Nasulhah Kassim yang mewakili MAYC mewakili

MAYC memenangi kategori wanita dengan masing-masing menerima hadiah RM1,000.

Pelbagai acara diadakan sempena festival selama tiga hari yang berlangsung

di perkarangan Stadium Utama Kangar bermula semalam.

Acara termasuk pertandingan futsal, paintball, bola jaring, sepak takraw,

auto show, drift dan clash of the band selain pameran.

-- BERNAMA

AD AD RS

Loading...