GPS Senang Pakai – Garmin Nuvi 40LM

Dimensi: 124 x 79 x 18 mm
Sambungan: USB
Memori: microSD
Skrin: Sesentuh 4.3 inci
Berat: 148 gram

Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: GPS molek untuk kereta anda

Sebab Majalah Tech Sukakannya: Kompak sekali

Skor: 8.8/10

Jalanraya di Malaysia merangkumi jalan raya persekutan, lebuhraya-lebuhraya dan juga jalan-jalan kampong. Jalan raya persekutuan, yang dibina dan diselenggara oleh kerajaan pusat, berjumlah hampir 50,000 kilometer — sama seperti lilitan bumi to bahagian ekuator! Jadi untuk menavigasi jalanraya di Malaysia, anda perlu mempunyai memori yang baik — ataupun GPS yang mengancam. Garmin adalah syarikat yang sememangnya nama yang dikaitkan apabila GPS disebut-sebut. Kali ini kita telah diberi model terbaru mereka — Garmin Numi 50LM untuk dicuba.

Dari segi rekabentuk 40LM adalah diantara model paling ringkas dari Garmin. Ianya tidak mempunyai fungsi yang banyak — hanya tertumpu ke fungsi-fungsi GPS sahaja. Skrin 4.3 incinya menggunakan skrin sesentuh yang senang digunakan dimana sahaja. Selain itu hanya terdapat port USB dibelakang — untuk kuasa apabila digunakan di dalam kereta dan juga slot microSD untuk mengemas-kini peta yang terbina dalam GPS ini.

Terus ke cara penggunaan GPS ini — mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Apabila anda memulakan GPS ini, hanya dua ikon yang besar akan tertera di skrin — 'Where To' dan 'View Map'. Anda pilih 'Where To' untuk memulakan navigasi anda, dan 'View Map' untuk melihat peta lokasi anda sekarang. Peta di dalam GPS ini lengkap untuk lokasi-lokasi di asia tenggara.

Apabila anda menekan 'Where To' — system akan bertukar ke input papan kekunci, dimana anda boleh memasukkan informasi yang dikehendaki untuk menavigasi. Hampir semua jalan utama dan sekunder di Malaysia ada di dalam GPS ini, terima kasih kepada peta yang terbina dalam. Lebih baik lagi, anda boleh memilih bahasa yang disebut melalui pembesar suara GPS ini, termasuklah Bahasa Melayu.

Untuk menggunakan GPS ini senang — anda perlu menunggu untuk sistem mencari satelit GPS dahulu. Bahagian ini mungkin akan mengambil beberapa minit — bergantung kepada lokasi anda dan juga berapa tebal cermin kereta anda. Selepas mendapat signal GPS, anda boleh terus mencari alamat yang dikehendaki. Garmin membantu anda untuk mecari alamat dengan cepat kerana sistem mereka akan memberikan cadangan huruf yang seterusnya selepas anda menekan di papan kekunci Sebagai contoh jika anda menekan J, papan kekunci akan melegamkan huruf yang tidak berkenaan dan membiarkan huruf yang berkaitan berfungsi — A sebagai contohnya.

Untuk harganya (RM 449), GPS dari Garmin ini amat berbaloi. Senang dipasang ke kereta, mudah untuk menggunakan sistem operasinya, tidak perlu bersusah payah untuk mengemas-kini peta didalamnya (yang juga datang dengan kemas-kini peta percuma seumur hidup) dan kompak rupanya.