Advertisement

Hanya Bandaraya Melaka catat IPU sederhana setakat 10 pagi

Bandaraya Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Bandaraya Melaka ialah 51.

Catatan IPU bagi keseluruhan kawasan di semua negeri pula dilaporkan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – Bernama, 1 Julai, 2014.