Haram sokong pembangkang pada PRU Ke-13 - Ulama pondok

GURUN, 8 April (Bernama) -- Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR yang menentang Umno pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Baca lagi:

SPR tetapkan 5 Mei tarikh mengundi, 20 April penamaan calon bagi PRU13
BN berbelanja besar untuk kuasai ruang iklan
BN salahguna kuasa semasa tempoh pemerintahan kerajaan sementara, kata PKR

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa''amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.

"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah S.W.T.

-- BERNAMA

ZAJ ZAJ NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …