Hujah Dr Mahathir pertahan bakar Bible tidak lojik, kata Speaker DUN Sabah

Umat ​​Islam di Sabah dan Sarawak tidak selesa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengulas protes membakar Bible seperti pernah diumukan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, kata seorang pemimpin Sabah.

"Memberitahu rakyat Malaysia bahawa ia menjadi hak Ibrahim mencadangkan agar Bible dibakar bukanlah sesuatu yang akan disokong oleh umat Islam di Sabah dan Sarawak," kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar, kanan), dalam tulisan blognya semalam.

"Walaupun penganut Kristian tidak membantah kenyataan seperti itu, umat Islam masih merasa tidak selesa dengan perkara seperti itu," katanya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, membakar Bible membantah orang Kristian menggunakan perkataan "Allah" tidak boleh dianggap penghormatan.

Beliau berkata, hujah dikemukakan Dr Mahathir bahawa naskhah al-Quran juga boleh dibakar adalah tidak lojik kerana ia adalah perkara berbeza. – 30 Oktober, 2014.

MENYUSUL LAGI