HUKUMAN PENJARA 6 TAHUN, DENDA RM400,000 ANGGOTA PARLIMEN SABAK BERNAM KEKAL

SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan

hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak

Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati

bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000,

empat tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka

untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah

Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan

pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara

bermula hari ini.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan

pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan

kesemua kesalahan itu.

Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting

dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya

diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

-- LAGI

MAHKAMAH-ABDUL RAHMAN 2 SHAH ALAM

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa

mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa

yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan

mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan

apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan

mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan

palsu," katanya.

Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan

digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada

untuk kegunaan sendiri.

"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana

program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti

dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah

tuntutan palsu.

"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat

sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan

dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua

tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman

dikekalkan," katanya.

Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee

Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan

Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

-- LAGI

MAHKAMAH-ABDUL RAHMAN 3 (AKHIR) SHAH ALAM

Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat

Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah

dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program

Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra

Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program

Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi

dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam

antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta

Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang

membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda

nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua

kesalahan itu.

-- BERNAMA

FAI LES NH

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chief: Suspects wore GPS devices during killings Associated Press
    Chief: Suspects wore GPS devices during killings

    ANAHEIM, Calif. (AP) — Two parolees raped and killed at least four women while wearing GPS trackers, and there may be more victims, a California police chief alleged Monday. …

  • PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis The Malaysian Insider
    PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis

    The Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor has spoken out against critics of Putrajaya's handling of the Malaysia Airlines flight MH370 crisis, describing them as cowards for not providing solutions. "Don't throw stones and then hide your hands behind your back (make wild allegations). That's cowardice, don't just talk and not provide... …

  • ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit The Malay Mail Online
    ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit

    SHAH ALAM, April 15 — Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today he wished the Bible Society of Malaysia (BSM) well on its decision to move its headquarters out to Kuala Lumpur to... …