ISU PLAGIARISME: PANEL MAHKAMAH PERSEKUTUAN TAK TERIMA PAKAI HUJAH SECARA MEMBUTA TULI

  • MH370 suits in US might be scuttled by reluctance to hear foreign crash cases, reports NBC
    MH370 suits in US might be scuttled by reluctance to hear foreign crash cases, reports NBC

    Six weeks after flight MH370 vanished from the radar screens, experts said lawyers attracted to potentially lucrative fees might find United States federal courts reluctant to take up foreign crashes, and might even reject legal suits related to the missing Malaysia Airlines jet. US legal experts said the majority of discussions about... …

  • Missing boy found dead in reservoir
    Missing boy found dead in reservoir

    KUALA LUMPUR, April 19 — The body of missing 11-year-old Khairul Azriel Abdul Razak, who fell into a monsoon drain near his school on Wednesday, was recovered in a reservoir at Kampung Berembang,... …

  • Interfaith group ‘worried’ that ex-judge can have such ‘racist’ views
    Interfaith group ‘worried’ that ex-judge can have such ‘racist’ views

    KUALA LUMPUR, April 19 — An interfaith group expressed shock today at the “racist” views of a former high-ranking judge who had called the presence of large Hindu and Buddhist statues in the... …

  • Karpal and I never quarrelled even though we belonged to different parties, says Ling
    Karpal and I never quarrelled even though we belonged to different parties, says Ling

    Bukit Gelugor MP Karpal Singh and former transport minister Tun Dr Ling Liong Sik never quarrelled or fought, despite being in different parties with competing ideas about politics. This was because the former MCA chairman and the late DAP stalwart had forged a friendship at university, which Dr Ling said stood the tests that politics threw at... …

  • Law students hold candlelight vigil for Karpal
    Law students hold candlelight vigil for Karpal

    A group of first-year law students held a candlelight vigil at the Esplanade in George Town, Penang, tonight for their idol, the late Bukit Gelugor MP Karpal Singh. The students had planned an impromptu vigil for Karpal, who they credited with inspiring them to take up law as a career choice. “We planned the event on Facebook and word got... …

  • Michael Cornelius — Karpal’s loyal ‘other half’
    Michael Cornelius — Karpal’s loyal ‘other half’

    GEORGE TOWN, April 18 — Karpal Singh’s loyal aide Michael Cornelius Selvam Vellu, who also died in the accident that killed Karpal yesterday, was almost like Karpal’s “other half”. The trained... …

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan memutuskan panel tiga

hakim dalam satu kes satu pertikaian membabitkan kumpulan Kian Joo Can Factory

Bhd (KJCF) tahun lepas tidak membuta tuli menerima pakai hujah seorang peguam

yang mewakili dua penyelesai sebagai penghakiman mereka.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata setelah diteliti, alasan

penghakiman panel itu mendedahkan bahawa tidak semua hujah peguam berkenaan

diterima pakai.

Beliau berkata daripada sejumlah 189 perenggan dalam hujah itu, hanya 70

yang diterima pakai mahkamah.

"Panel berkenaan menggunakan perkataan sendiri dalam bahagian lain

penghakiman itu.

"Semua ini tidak boleh dilakukan tanpa hakim berkenaan memfokus minda mereka

terhadap isu yang dibangkitkan dalam rayuan kes itu," katanya.

Arifin, yang mengetuai panel lima hakim, berkata demikian ketika menolak

permohonan bekas pengarah urusan kumpulan KJCF Datuk See Teow Chuan dan 24 lagi

untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan selepas mendakwa wujud

plagiarisme dalam penghakiman bertulis mahkamah itu.

-- LAGI

MAHKAMAH-PLAGIARISME 2 PUTRAJAYA

Panel itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif,

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah

Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Zainun Ali.

Panel itu turut memerintahkan kedua-dua penyelesai serta syarikat Can-One

International Sdn Bhd masing-masing dibayar RM200,000 dan RM150,000 oleh

kumpulan See sebagai kos perundangan.

See dan 13 lagi yang merupakan penyumbang terbesar Kian Joo Holdings

Sdn Bhd (KJH) serta 11 individu lain iaitu penyumbang minoriti, memohon Mahkamah

Persekutuan mengkaji semula keputusannya yang tidak memihak kepada mereka

selepas mendakwa penghakiman terdahulu itu ditiru bulat-bulat daripada hujahan

bertulis peguam berkenaan.

Panel tiga hakim, yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad

Makinudin, membuat keputusan itu pada 5 Jan tahun lepas selepas membenarkan

rayuan Ooi dan Ng untuk meneruskan penjualan 146.13 juta saham Kian Joo yang

dipegang KJH kepada Can-One International Sdn Bhd pada harga RM241.12 juta.

KJH adalah syarikat pelaburan induk keluarga yang diarah dibubar oleh

Mahkamah Tinggi pada 1996 manakala Ooi dan Ng dilantik sebagai penyelesai KJH.

Can-One memenangi tender untuk membeli 32.9 peratus saham KJCF dan ini

menyebabkan kumpulan See membawa perkara itu ke mahkamah bagi menghalang

syarikat berkenaan memperoleh saham berkenaan.

-- LAGI

MAHKAMAH-PLAGIARISME 3 PUTRAJAYA

Dalam penghakiman setebal 37 muka surat, Arifin berkata proses pengadilan

yang sewajarnya berlaku di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan

selain alasan penghakiman Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan turut

dikemukakan di Mahkamah Persekutuan.

Arifin berkata kesemua 25 pemohon juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk

berhujah secara lisan pada pendengaran di peringkat Mahkamah Persekutuan yang

memakan masa dua hari, selain dibenar memfailkan hujahan bertulis.

"Demi keadilan kepada panel itu, kami menganggap mereka semestinya sudah

mempertimbang penghakiman dua mahkamah sebelum ini dan hujah semua pihak, lisan

dan bertulis, sebelum membuat keputusan," katanya.

Ketua Hakim berkata hujah peguam berkenaan diterima pakai sebagai alasan

penghakiman selepas panel itu mendapati penghakimannya sendiri tidak mencukupi

untuk Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan terdahulu.

Beliau merujuk keputusan minoriti sebuah Mahkamah Rayuan British Columbia

dalam kes Cojocaru melawan Hospital dan Pusat Kesihatan Wanita British Columbia

yang memutuskan bahawa tidak salah untuk menerima pakai keseluruhan atau

sebahagian hujah sebagai alasan penghakiman selagi ia benar dan tepat bagi

mencerminkan analisis serta kesimpulan hakim sendiri yang bebas.

-- LAGI

MAHKAMAH-PLAGIARISME 4 (AKHIR) PUTRAJAYA

Bagaimanapun, Arifin berkata mahkamah tidak menggalakkan amalan itu kerana

ia mempunyai kecenderungan untuk mengundang persepsi negatif yang akan

bertentangan dengan anggapan kesaksamaan dan kebertanggungjawaban kehakiman.

Beliau berkata mahkamah juga mendapati tidak ada bukti, sama ada dalam

alasan penghakiman atau kelakuan hakim bagi menyokong hujah pemohon bahawa wujud

bahaya sebenar atau kemungkinan berat sebelah yang nyata di pihak mana-mana

anggota panel itu.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos depan bagi mendengar

permohonan penyelesai untuk merujuk kesemua pemohon serta peguam mereka Datuk

V.K.Lingam bagi prosiding menghina mahkamah kerana mendakwa wujud plagiarisme

dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Permohonan Lingam dan pelanggannya bagi mengetepikan permohonan prosiding

menghina mahkamah akan didengar pada hari yang sama.

-- BERNAMA

JA LES SBB

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Told to ‘shut up’ on Twitter, Zul Noordin lashes back at Khairy The Malay Mail Online
    Told to ‘shut up’ on Twitter, Zul Noordin lashes back at Khairy

    KUALA LUMPUR, April 18 — A feud is breaking out between former Perkasa vice president Datuk Zulkifli Noordin and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin on Twitter. Told unequivocally by the minister... …

  • Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains The Malaysian Insider
    Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains

    As the nation mourns the passing of a great politician, BN MP Datuk Nawawi Ahmad insulted the late Karpal Singh by posting a picture of the veteran politician's blood-smeared face as he lay in his Toyota Alphard following a tragic accident this morning. Along with the Facebook picture was a newspaper cutting on Karpal being opposed to the... …

  • Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police The Malaysian Insider
    Karpal’s car crashed into lorry, not the other way around, says Perak police

    Initial investigations have revealed that Karpal Singh’s Toyota Alphard crashed into a five-ton lorry in the accident yesterday that claimed his life and that of his assistant, Perak police said today. State police chief Datuk Acryl Sani Abdullah Sani also dismissed rumours and speculation that the accident was caused by the lorry crashing... …