JOHOR LAND BERHAD RANCANG BINA 8,000 MAMPU MILIK DAN KOS RENDAH

  • Widow sues after insurance declines cancer cover after husband gets cancer
    Widow sues after insurance declines cancer cover after husband gets cancer

    GEORGE TOWN, April 25 ― A widow is suing an insurance firm here for RM2 million after it declined to pay out on her husband’s policy against cancer when he was diagnosed with the disease six months... …

  • In Malaysia visit, Obama revisits the ‘Asia pivot’
    In Malaysia visit, Obama revisits the ‘Asia pivot’

    As the excitement swells ahead of US President Barack Obama’s visit to Malaysia this weekend – if not on the closed-off streets of Kuala Lumpur then at least in the media – there’s also a burgeoning anxiety here inside the Washington beltway that the hope’n’change promised by the so-called “Asia pivot” may need some tempering during this... …

  • PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP
    PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP

    Pakatan Rakyat would have suffered devastating setbacks in Perak, Pahang, Negri Sembilan and Melacca if it had made hudud a major issue in last year’s general election, DAP advisor Lim Kit Siang said. The Gelang Patah MP (pic), who had earlier said hudud was never a vote-winner for PAS in previous elections, gave an illustration of how PR... …

  • Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully
    Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully

    The Court of Appeal today struck out the charge against Selangor's deputy speaker Nik Nazmi Nik Ahmad who was charged under the Peaceful Assembly Act for failing to give police a 10-day notice for a rally last year. A three-man bench led by judge Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof also ruled in a unanimous decision today that Section 9 (5) of... …

  • Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules
    Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules

    PUTRAJAYA, April 25 ― The Court of Appeal today unanimously ruled it unconstitutional to criminalise spontaneous public assemblies in breach of the 10-day notice required under the Peaceful... …

  • Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama
    Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama

    The Albukhary International University (AiU) in Alor Setar, Kedah has withdrawn its decision to cease operations. Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the ministry was informed of the matter by the management of AiU through a letter Wednesday. "With that decision, the matter is no longer an issue," he told reporters... …

JOHOR BAHARU, 3 Sept (Bernama) -- Johor Corporation menerusi anak

syarikatnya, Johor Land Berhad akan melaksanakan Pelan Pembangunan Kos Rendah

dan Mampu Milik dengan melibatkan 3,600 unit rumah dalam tempoh lima tahun di

tanah milik syarikat dan anak syarikat miliknya.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata

pelan pembangunan yang bermula tahun ini akan melibatkan tujuh lokasi di kawasan

pembangunan Iskandar Malaysia dan beberapa lagi lokasi di bandar raya ini yang

mempunyai nilai yang tinggi.

"Dijangkakan lebih 3,600 unit rumah disiapkan menjelang tahun 2017

manakala keseluruhan 8,000 unit rumah dijangka disiapkan menjelang tahun

2020 dengan melibatkan jumlah pembangunan kasar sebanyak RM1.2 bilion.

"Dengan kos pembangunan yang begitu tinggi, maka adalah menjadi harapan kami

agar kerajaan negeri dan persekutuan bersama-sama memberi kerjasama dan

sokongan khasnya seperti dalam bentuk bantuan geran pembiayaan, infrastruktur

serta kelulusan segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangani

memorandum perjanjian (MoA) Pembangunan Perumahan Kos Rendah dan Mampu Milik

antara Johor Corporation dengan kerajaan negeri serta MoA antara Johor Land

Berhad dengan Insitut Sultan Iskandar (ISI) Of Urban Habitat And Highrise di

sini hari ini.

MoA itu ditandatangani oleh beliau sendiri, mewakili Johor Corporation

manakala kerajaan negeri pula diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet

Tawil.

Sementara itu, Johor Land Berhad diwakili Pengarah Urusan Lukman Abu Bakar

manakala ISI oleh Pengarah Esekutifnya Professor Dr Mohd Hamdan Ahmad.

Majlis pemeteraian itu disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Seri

Moahmed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Johor Corporation.

Menurut Kamaruzzaman, lokasi dan jumlah rumah yang dirancang

dalam tempoh lima tahun ialah Taman Seroja, Tampoi 304 unit; Bandar Dato'' Onn

(1,150); Bandar Tiram Fasa 1 (634) Bandar Tiram Fasa 3 (450); Bandar Baru

Majidee (400); Kempas (360) dan Larkin (340).

Bagaimanapun, katanya perancangan ini tertakluk kepada kelulusan

pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi yang terlibat serta

hasil kajian berterusan ke atas pemintaan dan penawaran daripada pasaran.

"Kita juga merancang untuk membina pelbagai kemudahan termasuk lot kedai,

tadika, surau dan masjid serta taman mainan. Pembinaan projek perumahan ini juga

sudah tentu akan memerlukan prasarana di kawasan yang terlibat ditingkatkan

sejajar dengan pertambahan penduduk," katanya.

Beliau berkata selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menangani

senario ketidakseimbangan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar, Johor

Corporation akan terus memain peranan penting bagi membantu kerajaan negeri

untuk mengatasi masalah ini.

Sehubungan itu, katanya menerusi MoA bersama SIS, kajian pemilikan hartanah

bumiputera akan dilaksanakan dan hasil kajian akan dijadikan panduan asas untuk

merangka dasar dan strategi yang wajar dilaksanakan syarikat untuk memacu

pembangunan hartanah di negeri ini.

Skop kajian antara lain merangkumi corak pemilikan tanah dalam

wilayah pembangunan Iskandar Malaysia dari tahun 2005-2012 dari segi kuantiti,

nilai sewaan dan pajakan, lokasi, ekuiti dan nisbah pemilikan hartanah

berbanding golongan bukan bumiputera.

Katanya, kaji selidik juga akan mengkaji keberkesanan dasar kerajaan dalam

usaha meningkatkan kadar pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera di samping

menganalisis sentimen pasaran yang mempengaruhi nilai hartanah.

--BERNAMA

NSM NSM NHD

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …