Advertisement

Jom boikot! – Fudzail

Jangan lupa, bangun pagi
sambil gosok gigi
kalau belum hafal dalam hati
atau belum serasi
lihat betul-betul senarai
yang kembali menjadi viral
Boikot Produk Yahudi
syarikat penyumbang dana Zionis
untuk negara Israel terlaknat
yang tidak pernah insaf
walau dikutuk dimaki hamun
selain solat hajat dan doa panjang
agar pemimpinnya menjadi lebih
berperikemanusiaan
kalau tidak dihancurkan sahaja!

Baca kuat-kuat
bagai ratib ya hanana
senarai semakin bertambah
daripada makanan kepada Facebook
rokok, pakaian, teknologi, media
kepada negara-negara bersekutu
penyokong tegar Israel
walau menjadi rakan bisnes negara
juga filem, muzik, hiburan
penuh padat memenuhi ruang
hampir semuanya sudah lama
menjadi darah daging dan najis
entah berapa banyak sumbangan
yang kalian terus hulurkan
untuk senjata, bom dan peluru
sebagai saham membunuh
ribuan anak-anak kecil dan syuhada
selain robohkan kediaman
prasana dan masjid!

Pagi, petang ke malam
biar dalam tidur juga
sila terus menghafal senarai
jenama-jenama popular
ciptaan, produksi dan jualan
penyokong Zionis, Israel, Yahudi
untuk diboikot 24 jam sehari
kerana Melayu mudah lupa
sentiasa ignoran dan ambil mudah
apa lagi menjelang hari raya
sibuk dengan persiapan mega
mana sempat untuk berboikot
tarawih pun tidak sempat
di suasana penuh keceriaan
meraikan kemenangan
menahan lapar, dahaga dan seks
sehingga tiba-tiba bergolak lagi
nun di bumi Palestin
dan tercari-cari kembali senarai
Boikot Produk Yahudi! – 14 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.