KABINET SABAH GABUNGKAN MUKA LAMA DAN BAHARU

  • Karpal memorial service non-political event, says DAP inviting Najib, Muhyiddin
    Karpal memorial service non-political event, says DAP inviting Najib, Muhyiddin

    DAP today extended an invitation to both the prime minister and his deputy to be guests of honour at a memorial service for the late Bukit Gelugor MP Karpal Singh tomorrow to prove that the event is non-political. Gelang Patah MP and party adviser Lim Kit Siang (pic) said the invitation has been extended to Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri... …

  • Unidentified material washed ashore near Western Australia town, possible MH370 debris
    Unidentified material washed ashore near Western Australia town, possible MH370 debris

    Police in Western Australia have attended to a report of material washed ashore 10 kilometres east of Augusta and have secured the material, the Joint Agency Coordination Centre in charge of the search for Malaysia Airlines flight MH370 in the southern Indian Ocean said in a statement. The Australian Transport Safety Bureau (ATSB) is examining... …

  • Extremists have no place in Malaysian society, says Khairy – Bernama
    Extremists have no place in Malaysian society, says Khairy – Bernama

    Malaysia's Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin (pic) has denounced political and religious extremists in Malaysia, saying they did not belong "in our society". Addressing more than 800 Malaysian university students who had come from all parts of Australia to attend the Second Malaysian Summit of Australia (Masa) in Melbourne, he... …

  • Selangor MCA reveals receipts for 'illegal water sales'

    Selangor MCA has produced a quotation and receipts from a private water-tanker operator, purportedly revealing that he had sold water to the industrial community at prices up to 23 times more than what he had paid the water concessionaire. A document distributed to the media shows that the operator had bought water on March 4 from Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) at RM2.07 per 1,000 litres, but was sold to industrial users at RM48.48. Selangor MCA information bureau deputy …

  • Cops will act if May 1 rally 'threatens public order'

    The police will act against the May 1 anti-GST rally if it is found to threaten public order, Kuala Lumpur Criminal Investigations Department (CID) deputy chief ACP Khairi Ahrasa said today. "So far, our actions are to ensure peace, but if there is a threat against public order, we will take action," he told a press conference at the Kuala Lumpur police headquarters. Asked whether the police have identified individuals who will be the main personalities behind the rally, like how they did for …

  • PKR forms panel to help students with yearly scholarship heartbreaks
    PKR forms panel to help students with yearly scholarship heartbreaks

    PETALING JAYA, April 23 -- Following the annual controversy over the allocation of federal scholarships, PKR today announced a special panel to help deserving secondary school leavers appeal... …

KOTA KINABALU, 10 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman

menyifatkan barisan Kabinet negeri Sabah, yang menggabungkan muka lama dan

baharu, sebagai pasukan yang kukuh, dinamik dan boleh bekerjasama bagi

meneruskan perancangan dan pelaksanaan agenda dan dasar pembangunan negeri.

Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri percaya pelantikan

pemimpin, yang pernah menganggotai jemaah menteri sebelum ini, akan memastikan

kesinambungan menerusi pengalaman mereka.

"Dalam masa yang sama, barisan muka baharu juga akan menyuntik idea-idea

yang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri," katanya pada

sidang media khas bagi mengumumkan portfolio anggota jemaah menteri negeri Sabah

yang baharu di kediamannya di Sri Gaya, dekat sini hari ini.

Sebelum itu, anggota jemaah menteri Sabah menerima watikah pelantikan dan

mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin

di Istana Negeri.

Musa berharap barisan jemaah menteri baharu itu dapat menunaikan amanah dan

tanggungjawab dengan sebaik-sebaiknya bagi memenuhi mandat dan kehendak rakyat

sesuai dengan gagasan ''1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan''.

-- LAGI

MUSA-KABINET 2 KOTA KINABALU

Katanya barisan jemaah menteri itu turut dibantu barisan pembantu menteri

yang juga menggabungkan muka lama dan baharu.

"Saya tekankan bahawa barisan jemaah menteri dan pembantu-pembantu menteri

ini memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua wakil rakyat BN.

"Sama ada kita terpilih dalam jemaah menteri dan pembantu menteri atau

sebaliknya, sebagai wakil rakyat BN adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan

kita untuk memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat,"

katanya.

Musa berkata setiap wakil rakyat mempunyai peranan dan sumbangan yang

penting bagi memastikan mandat rakyat dipenuhi, janji ditepati dan dilaksanakan

dengan terbaik bagi membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan negeri serta

memastikan kesejahteraan rakyat.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN

mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi

dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding

satu pada 2008.

-- LAGI

MUSA-KABINET 3 (AKHIR) KOTA KINABALU

Mengenai cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar beberapa

wakil BN yang kalah dalam pilihan umum Ahad lepas diberi peluang untuk menjawat

Anggota Dewan Undangan Negeri Dilantik, Musa berkata tidak ada cadangan untuk

berbuat demikian buat masa ini tetapi sedia menimbangkannya jika ada keperluan.

Mengenai pewujudan Kementerian Tugas-Tugas Khas, beliau berkata perincian

skop tugas menteri berkenaan akan diperjelaskan kemudian.

Musa juga mengumumkan bahawa bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk

Nasir Tun Sakaran, yang digugurkan daripada barisan Kabinet Sabah yang baharu,

dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)

berstatus menteri.

Berikut ialah senarai jemaah menteri Sabah dan pembantu menteri yang

diumumkan ketua menteri hari ini:

JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH

Ketua Menteri/Menteri Kewangan - Datuk Seri Musa Aman

Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur - Tan Sri Joseph

Pairin Kitingan

Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri

Yahya Hussin

Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian - Datuk Raymond Tan

Shu Kiah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan - Datuk Hajiji Noor

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar - Datuk Masidi Manjun

Menteri Tugas-Tugas Khas - Datuk Teo Chee Kang

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Radin Malleh

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat - Datuk Siringan

Gubat

Menteri Belia dan Sukan - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Jainab Ahmad

Ayid.

SENARAI PEMBANTU MENTERI NEGERI SABAH

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri

1. Datuk Edward Yong Oi Fah

2. Datuk Ellron Angin

3. Datuk Arifin Mohd Arif

Pembantu Menteri Belia dan Sukan

1. Masiung Banah

Pembantu Menteri Kewangan

1. Datuk Ramlee Marahaban

2. Datuk Michael Asang

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur

1. Datuk Bobbey Ahfang Suan

2. Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

1. Datuk Zakaria Edris

2. Datuk Dr Joachim Gunsalam

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

1. Datuk Hamisah Samat

Pembantu Menteri Menteri Pertanian dan Industri Makanan

1. Datuk Sairin Karno

2. Datuk Musbah Jamli

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian

1. Datuk Bolkiah Ismail

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

1. Datuk Pang Yuk Ming

2. Datuk Kamarlin Ombi

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

1. Lasiah Baranting @ Anita

-- BERNAMA

NT NT ROS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …