KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA, IDEA SISWA, 'DURIAN RUNTUH' BAGI SISWA

  • After Karpal’s death, DAP rep tells AG to drop bid for jail time
    After Karpal’s death, DAP rep tells AG to drop bid for jail time

    SHAH ALAM, April 17 — The Attorney-General’s Chambers (AGC) should symbolically withdraw its recent bid for custodial sentence against late DAP veteran Karpal Singh after his death today,  state... …

  • Best leads for MH370 search will be exhausted in about a week, says Abbott
    Best leads for MH370 search will be exhausted in about a week, says Abbott

    The best leads in the underwater search for Malaysia Airlines flight 370 will be exhausted in about a week, Australia's Prime Minister Tony Abbott said in an interview with The Wall Street Journal (WSJ), as search efforts continue in the Indian Ocean. Abbott said authorities would need to rethink their approach if the mini-submarine,... …

  • Opposition MPs censure Karpal’s critics for insensitive remarks
    Opposition MPs censure Karpal’s critics for insensitive remarks

    Pakatan Rakyat MPs have condemned remarks by certain critics of the late Karpal Singh, saying their insensitive remarks and stupid logic have no place in a modern educated society like Malaysia. On former Perkasa deputy president Zulkifli Noordin's comment that Allah had killed off Karpal who had rejected the implementation of hudud laws in... …

  • Karpal makes last journey home to Penang
    Karpal makes last journey home to Penang

    Amid tears of sorrow, a coffin bearing Karpal Singh's remains was loaded onto a van for his final journey back to Penang today. The 73-year-old, popularly known as the Tiger of Jelutong, died early this morning after the Toyota Alphard he was in collided with a five-tonne Mitsubishi Canter. Karpal's remains had been brought to the Raja... …

  • Anwar pays tribute to defender of human rights
    Anwar pays tribute to defender of human rights

    Malaysia has lost a selfless, courageous and noble defender of  fundamental liberties, said opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in a tribute to his political comrade and lawyer Karpal Singh, who died in an accident this morning. Anwar, who found out about Karpal's passing at 3am today, said that Malaysia had lost an illustrious hero and... …

  • Nurul Izzah’s husband appoints relative as member of reconciliation committee
    Nurul Izzah’s husband appoints relative as member of reconciliation committee

    Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar's husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, has appointed his relative as a member of a reconciliation committee for the couple's ongoing divorce case, The Star Online reported today. According to the report, Raja Ahmad Shahrir proposed Mohd Fauzi Mustaffa for the position today. The report said Raja... …

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

(KADS1M) merupakan satu bukti keprihatinan dan kesungguhan kerajaan menghargai

dan merealisasikan hasrat dan idea golongan siswa yang bermanfaat besar untuk

mereka.

Selaras dengan hasrat tersebut pada 2 Julai lalu Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan KADS1M yang merupakan hasil cetusan

idea yang dikemukakan oleh para siswa sendiri pada mesyuarat Majlis Perundingan

Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 Nov tahun lalu.

Kerajaan tidak teragak-agak melaksanakan pandangan serta cadangan bernas

yang dikemukakan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) demi menjamin kebaikan

serta kesejahteraan pelajar baik di IPT awam mahupun swasta.

Untuk itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK) mewujudkan KADS1M yang berobjektif membantu hampir 1.5 juta pelajar

IPT awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup dan bebanan

sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

KADS1M ini menawarkan diskaun antara lima hingga 60 peratus yang diberikan

oleh lebih 2,600 kedai milik 264 syarikat yang mengambil bahagian bagi pembelian

barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta

syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

-- LAGI

MAHASISWA-KAD 2 KUALA LUMPUR

Menyambut baik usaha itu Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Kelab Belia Graduan

1Malaysia, Kalam Azad Abu Bakar menyifatkan pemberian kad diskaun itu merupakan

''durian runtuh'' kepada seluruh golongan mahasiswa di negara ini.

"Ia merupakan satu usaha yang harus diberi pujian, di atas keprihatinan

kerajaan untuk mendengar cadangan dari peringkat mahasiswa, yang sekaligus

membuktikan ''suara'' golongan ini tidak diketepikan. Siapa kata kerajaan sekarang

tidak prihatin?" katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.

Antara perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan syarikat ialah sektor buku

dan alat tulis, pakaian kelengkapan sukan, klinik kesihatan, optometri,

penginapan dan pengangkutan, makanan dan minuman, pusat rawatan dan kecantikan,

produk teknologi maklumat, automotif dan bengkel, peruncitan dan rekreasi.

Mengulas lanjut beliau berkata walaupun mahasiswa diberikan pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun pemberian kad diskaun

itu dapat membantu menjimatkan lagi perbelanjaan pelajar dan keluarga mereka

ketika mereka berada di institusi pengajian.

Jelasnya mahasiswa juga dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses

pembelajaran mereka tanpa memikirkan kos perbelanjaan dan sara hidup yang

semakin meningkat.

-- LAGI

MAHASISWA-KAD 3 KUALA LUMPUR

"Kalau kita lihat kos hidup terutamanya di kawasan Lembah Klang turut

memberi kesan kepada pelajar jadi dengan pemberian kad ini (KADS1M) ia dapat

membantu pelajar untuk fokus dalam belajar di samping membolehkan mereka

berjimat," katanya.

Pendapat itu turut disokong bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Wan Ahmad Hazman Wan Daud yang berkata

golongan mahasiswa perlu bersyukur atas keprihatinan kerajaan yang sanggup

menyediakan kemudahan seperti itu sekaligus meringankan beban belanja yang

ditanggung oleh siswa.

"Mahasiswa perlu ingat nikmat ini tidak perlu dibandingkan dengan orang yang

mempunyai nikmat yang lebih tinggi. Malah jika dibandingkan diri kita dengan

negara yang tidak maju kita jauh lebih bertuah mendapat perhatian besar

kerajaan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan segelintir

golongan mahasiswa yang sanggup menggadaikan masa depan demi menyatakan

ketidakpuasan mereka dengan bertindak di luar batas kesopanan memburukkan

kerajaan yang telah berusaha dengan sehabis baik untuk mereka.

"Sebagai seorang mahasiswa mereka perlu bijak menggunakan laluan yang betul

bukan dengan cara berdemonstrasi . Kita harus menjadikan diplomasi atau

rundingan sebagai ''platform'' terbaik untuk meluahkan pendapat," katanya sambil

menambah mahasiswa sebagai kelompok intelektual perlu mencerminkan sifat

kepimpinan yang matang dan logik.

-- LAGI

MAHASISWA-KAD 4 KUALA LUMPUR

Jelas Wan Ahmad mahasiswa bukan hanya berperanan penting dalam menggalas

tanggungjawab sebagai bakal pemimpin negara tetapi perlu diterapkan dengan

pemikiran yang rasional untuk menerajui kemajuan negara.

Dalam pada itu Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata

kerajaan sentiasa memberi peluang dan ruang kepada golongan mahasiswa untuk

mencerna idea-idea bernas agar cadangan itu dapat diguna pakai.

"Kita memberi respons kepada cadangan pelajar terhadap kes peningkatan sara

hidup di kampus dan kerajaan menyahut seruan mereka, malah kita juga turut

menggalakkan penglibatan swasta yang memberikan faedah kepada pelajar," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak menanggung sebarang kos dalam mewujudkan

program kad tersebut sebaliknya inisiatif itu direalisasikan dengan usahasama

antara sektor kerajaan dan swasta melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Beliau berkata tujuan KADS1M ini diwujudkan untuk mengurangkan kos sara

hidup terhadap keperluan para pelajar tanpa mengira IPT di kawasan luar bandar

atau bandar.

Bagi seorang pelajar kolej swasta di ibu negara Ng Zhun Ye usaha kerajaan

menyediakan KADS1M turut membuktikan golongan mahasiswa IPTS tidak terkecuali

daripada menerima pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan pimpinan Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- LAGI

MAHASISWA-KAD 5 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Katanya setakat ini mahasiswa terpaksa membelanjakan lebih RM500 sebulan

untuk menampung pembelanjaan harian termasuk membeli buku dan alat tulis atau

peralatan teknologi internet, yang tentunya dapat dikurangkan dengan penggunaan

KADS1M.

Sementara itu bagi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Azeqa Ahmad, pertama kali menerima KADS1M beliau berasa sangat teruja

kerana berpeluang untuk mendapat potongan harga yang menarik, malah di luar

jangkaan.

"Kad ini banyak membantu pelajar untuk belajar berjimat-cermat dalam

berbelanja. Contohnya kalau menggunakan kad ini membeli alat tulis saya dapat

jimat RM5 yang selalunya melibatkan kos RM20 hingga RM15," katanya yang

merupakan pelajar tahun ketiga jurusan sains kemanusiaan di universiti itu.

Namun Azeqa berkata syarikat atau kedai yang menyertai KADS1M ini perlu

melekatkan logo KADS1M untuk memaklumkan kepada para pelajar kerana ada

segelintir syarikat yang tidak berbuat demikian.

Pelajar Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Muhammad Syahril

Ahmad Halim, pula berpendapat promosi KADS1M ini kawasan pantai timur seperti

Terengganu dan Kelantan masih berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.

"Saya rasa masih kurang promosi mengenai KADS1M malah ada sesetengah

syarikat atau kedai yang tidak menawarkan faedah kad ini. Saya harap pihak

syarikat dapat menyambut inisiatif baik kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

KNAZ MNY KLS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says The Malay Mail Online
    ‘Huge’ Hindu, Buddhist statues against Islam, ex-judge says

    KUALA LUMPUR, April 16 — The “huge” statues at a Hindu temple in Batu Caves and Buddhist temple in Penang are an affront to Islam as the religion forbids idolatry, a retired Court of Appeals judge... …

  • My dad was in KL to see me, says Gobind The Malaysian Insider
    My dad was in KL to see me, says Gobind

    Bukit Gelugor MP Karpal Singh, who died in an accident early this morning, was in Kuala Lumpur to visit his son Gobind Singh Deo who was ill. A distraught Gobind said he was informed of the accident at 2.15am today, and he and his wife rushed to the scene where he saw his father's mangled car and his father's body. "My brother Ramkarpal was... …

  • Wreck hunter confident MH370 crash site found, says Aussie paper The Malaysian Insider
    Wreck hunter confident MH370 crash site found, says Aussie paper

    A wreck hunter is confident that the search teams had pinpointed the crash site of Malaysia Airlines flight MH370 and believes that the black boxes will be located soon, the Sydney Morning Herald (SMH) reports. David Mearns, director of Blue Water Recoveries told the ABC's 7.30 programme yesterday, he was confident that, because of their... …