Kakitangan awam maut terjun kondominium elak dicekup kastam

Malaysia rugi RM1.9 bilion setahun akibat rokok seludup, kata Kastam

Akibat cuba mengelak daripada dicekup pasukan penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, seorang kakitangan awam maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah kondominium di Jalan Bukit Ceylon di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki berusia 49

tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang kondominium Menara Antara

selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke

biliknya pada pukul 3 petang tadi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pihak Kastam melakukan serbuan di kondominium itu setelah mendapat maklumat bahawa terdapat aktiviti melibatkan dadah di premis itu.

Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan di rumah itu mendapati beberapa paket syabu dan beberapa jenis pil disyaki dadah.

"Kastam juga menahan dua wanita warganegara Thailand yang mempunyai passport dan visa yang sah serta merampas sepucuk pistol tiruan jenis Airsort Gun M-188 serta sebilah pisau jenama Columbia," katanya. – Bernama, 12 Julai, 2014.