Kasut tinggi jadi pilihan wanita

Kasut tinggi jadi pilihan wanita

7 Dis – Wanita tanpa kasut tumit seperti satu perkara yang tidak lengkap kerana ianya merupakan teman baik buat wanita untuk tampil unggul, menarik, menawan.

Kadang-kadang memang kasut tumit tinggi itu menyusahkan dan adakalanya menyakitkan kaki sahaja, malah untuk bergerak laju dan berlari pun terbatas tetapi tahukah anda kenapa wanita jelita ini suka memakainya kerana ianya dapat memberi satu kelainan dan perasaan yang mana perasaan itu sukar untuk digambarkan.

Disini ada beberapa sebab mengapa kebanyakan kaum hawa diluar sana menggemari kasut tumit tinggi:

Keperluan profesional
Kebanyakkan ramai wanita wanita suka memakai kasut tumit tinggi apabila melibatkan kerja profesional dan selain untuk majlis korporat serta majlis rasmi . Ini kerana dengan memakai kasut tumit tinggi aura cantik itu lebih terpancar apabila mereka berjalan dengan gaya lenggang lenggok mereka pasti menjadi siulan dan disitu keyakinan mereka lebih tampak hebat malah ada gaya seorang diva gitu.

Meningkatkan keyakinan
Mengikut kajian dan pendapat dari rata-rata wanita mereka memilih kasut tumit tinggi sebenarnya adalah kerana ianya dapat meningkat tahap keyakinan di dalam diri dan sememang kasut tumit tinggi itu berupaya membuat wanita itu untuk tampil hebat ketika berjalan sekaligus gaya seorang wanita itu lebih menonjol.

Kelihatan berbeza
Sebab lain kenapa wanita jatuh cinta kepada kasut tumit tinggi adalah kerana ianya bisa membuat mereka tampak berbeza. Perbezaan yang dimaksudkan ialah dengan memakai seluar jeans dan t-shirt bersama-sama dengan kasut tinggi ianya sedikit sebanyak dapat membuat wanita itu lebih tinggi dan lebih menggoda. Malah untuk majlis kasual dan formal kasut tumit tinggi juga sesuai untuk digayakan.

Kaki nampak lebih panjang dan seksi
Kebanyakan wanita suka dan senang untuk memakai tumit tinggi kerana ianya membuat kaki si pemakai lebih kelihatan seksi dan panjang terutamanya apabila menggayakannya bersama skirt dan sebagainya. Bahkan jika kita lihat kasut tumit tinggi ini juga membantu membuatkan wanita itu tampak lebih tinggi dan lebih menarik sebenarnya.

Untuk otot paha
Tahukah anda memakai kasut tumit itu sebenarnya dapat membuatkan kaki anda kelihatan lebih langsing dan kebanyakkan konsep ini yang mana dipercayai sesetengah wanita dan itulah menjadi sebab ramai wanita memilih kasut tumit sebagai teman karib untuk dipakai ketika berjalan-jalan.

Untuk kelihatan menarik
Sebab yang paling utama adalah untuk sentiasa kelihatan menarik dan meletup kerana wanita yang memakai kasut tumit tinggi ini mampu meyerlahkan lagi pesona dan karisma selain dapat meningkatkan lagi aura dan personaliti mereka untuk menjadi lebih mantap.