GO Ke Hadapan!

Counter Strike: Global Offensive
Platform: PC, Mac, PS3, Xbox
Publisher: Valve

Ada sesuatu yang boleh diceritakan mengenai membuat semula permainan beberapa kali dalam satu dekad. Kita boleh katakan yang dengan teknologi yang sudah canggih ini, gamer memerlukan sesuatu yang kelihatan lebih cantik, ataupun nak membaiki pepijat atau kelemahan permainan yang terdahulu. Tapi Counter Strike: Source pun bukan sesuatu yang boleh dikatakan olahan semula yang bagus.

Ini membawa kita ke Global Offensive. Saya tak pasti apa yang global sangat, dan pasukan dipecahkan ke Anti Pengganas (Pasukan Amerika dengan slang Amerika mereka) dan Pengganas (Orang Timur Tengah dengan slang Timur Tengah palsu). Macam cerita Hollywood yang biasa kita tonton.

Tapi orang tak main CS untuk keadaan global mahupun kosmopolitan. Orang main pasal kamu boleh tembak orang lain. Dalam konteks ini, banyak aksi tembak menembak yang kamu boleh main. Sesiapa yang pernah bermain versi terdahulu permainan ini akan terasa macam masuk ke rumah yang rasa macam rumah sendiri, tapi rasa macam sudah diubah oleh orang luar.

Perubahan pada game ini tidaklah besar, namun merubah segalanya mengenainya yang ia terasa macam permainan berlainan. Pistol terasa amat lain dari dahulu dan pergerakan juga sudah berubah. Ia sudah tak rasa macam 'Quake' dan macam permainan menembak yang biasa dijumpai sekarang. Malah cara 'lompat pergi tepi' yang selalu digunakan untuk mengelak tembakan dulu sudah tidak berkesan tapi ini adalah sesuatu yang agak bagus

Ia bukanlah satu permainan dan baru dan masih mempunyai ciri — ciri yang membuatkan Counter Strike amat popular dulu, tapi ia terasa kurang daya tarikan permainan originalnya. Boleh dikatakan CS GO adalah bagai WWE sekarang, sudah dibersihkan, rapat dan media dan kekurangan tarikan. Mungkin kerana usulnya yang dibuat oleh komuniti moding sudah tiada

Senjata sudah diselaraskan jadi sekarang semua dah tak akan memilih AK-47 yang sama sebagai senjata utama. Penyelarasan ini mungkin tidak dirasai oleh pemain yang baru dan bagi saya sendiri pun tak dapat rasai perbezaannya. Mungkin ada sedikit perbezaan variasi bagi radius peluru dan juga ketepatan ketika menembak tapi tidaklah begitu ketara hingga saya tahu apa yang saya gunakan. Ini bagus bagi mereka yang masuk dan guna apa saja senjata tapi bagus kalau ada sedikit variasi

Mujurlah kita sekarang tak perlu lagi membeli peluru. Ia distok secara automatik. PERCUMA!

Bercakap mengenai membeli, susunan menu pembelian agak pelik pada mulanya. Ini adalah kerana berlainan dari senarai atas ke bawah dahulu, sekarang ia sudah ditukar ke carta pai yang apa kamu boleh beli. Memang susah nak difahami dan setiap "hiris" hanya ditulis dengan nama senjata jadi gamer terpaksa meneka potensi setiap senjata. Kalau buat macam dulu yang mana gambar senjata ada lagi bagus.

Game ini masih mempunyai daya tarikannya tersendiri. Salah satu daripadanya adalah format 'Arm Race' di mana pemain yang tiada senjata berlumba untuk mendapatkan senjata sebelum pemain lain sampai. Macam Hunger Games, tetapi dengan lebih pistol dan kurang cerita cintan. Walaupun terasa macam Quake, tapi ia berkesan.

Patutnya saya menceritakan tentang kesemua senjata baru tapi hanya ada dua saja yang saya rasa penting. Koktel Molotov bagi pengganas dan bom api bagi anti pengganas. Walaupun namanya berbeza tapi fungsinya sama, membakar benda. Tak ada permainan yang lengkap tanpa kebolehan untuk membakar musuh sambil menembak mereka. Memang terasa macam penjahat dalam Hollywood.

Secara keseluruhan CS:GO adalah satu olahan game lama yang agak berkesan, dan bukan olahan yang menjadi benda lain (seperti olahan Transformers Michael Bay). Walaupun ia adalah satu game yang kukuh dan sesuai bagi pertandingan dan akan diingati untuk masa yang lama, saya sudah tiada masa untuk bermain sesuatu macam ini lagi. Saya ucapkan remaja — remaja yang bermain game ini menyukainya macam saya menyukai CS yang original dahulu.

Game diberi oleh: