KEBEBASAN DAN HAK ASASI MANUSIA YANG MELAMPAU MENYEKAT PEMBANGUNAN NEGARA

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

  • On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA
    On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA

    SUBANG JAYA, April 24 — The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) announced today a May Day rally to protest against Putrajaya’s newly-approved consumption tax system and a US-led free trade... …

  • Rafizi rips apart deputy minister's grant denial

    A PKR leader has pointed out that Abu Bakar Mohamad Diah referred to grant recipients from a different time period when denying that RM100 million was allocated to a firm purportedly favoured by Prime Minister Najib Abdul Razak. Rafizi Ramli also questioned if this was an oversight on the part of the science, technology and innovation deputy minister or a deliberate attempt to put a lid on the matter. In a statement today, the PKR director of strategy said Abu Bakar (left) disclosed to the …

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pada masa kini terdapat sesetengah

kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan kebebasan dan hak asasi manusia tanpa

menyedari kesan kepada pembangunan negara dan rakyat keseluruhannya.

Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah.

Kalau dahulu kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini

ia lebih kepada kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia.

Jadi kebebasan dalam bersuara dan ekspresi, beragama, berkumpul dan

seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.

Inilah antara yang menjadi cabaran negara dalam proses pembangunan negara di

samping mengisi dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56

tahun yang lepas.

PENGARUH BARAT

Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di

mana-mana negara dan kini menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat.

Masyarakat dunia termasuk di Malaysia semakin menerima norma-norma kehidupan

di barat yang lebih mengutamakan hak individu dan kumpulan kecil tertentu

berbanding kepentingan umum.

Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau

kumpulan kecil memilih gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan

masyarakatnya kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja atas nama

demokrasi.

Contohnya isu hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan seumpamanya.

Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia

dalam Program Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut

hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT).

Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat

hari ini terutama dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu

kongkongan dan untuk menuju kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri

daripada kongkongan agama dengan membawa prinsip semua ideologi dan fahaman

dianggap setara, sama benar dan sah.

Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam

Perkara 19 Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang

Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak

Sivil dan Politik (ICCPP) turut mengundang konflik kepada masyarakat.

Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui

sempadan terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja

jelas memberi impak yang buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ini kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka untuk membicarakan

soal tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat

dan budaya serta berpegang kepada agama.

Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman

pengisian kemerdekaan dan tamadun yang dibina.

HAK ASASI PERLU SEKATAN

Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya.

Untuk mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan

itu sendiri.

Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat

yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi terutama isu berkaitan hak asasi

yang boleh memberi kesan baik dan buruk.

Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat

sekiranya kita mahu menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada,"

menurut Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof

Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Ia harus menggunakan piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya

mengikut acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain.

Ujarnya, walau apapun perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun

tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjamin dan menjaga

kelangsungan peradaban dan tamadun yang dibina.

"Kerana itu selama mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu

jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap hak asasi.

"Had ini harus diletakkan dalam budaya, adat sopan kita seperti hormat

menghormati antara satu sama lain serta menghormati agama yang menjadi ciri-ciri

terpenting," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

KEMATANGAN DAN JATI DIRI

Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi

dengan mengambil keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari

negara lain, ia harus dilihat bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di

negara ini, katanya.

Beliau berkata, British sendiri tidak pernah memaksa kita menggunakan

undang-undang mereka, seperti Undang-undang Sivil pada tahun 1956 yang merujuk

undang-undang yang sama di England yang diamalkan di British.

Ketika itu British meletakkan syarat, undang-undang itu harus diterima

sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di negara ini.

"Jelas di sini walaupun British itu penjajah, namun mereka menghormati

pandangan dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.

"Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus permodenan hak asasi dengan

mengikut apa yang ada di barat. Kita tanya semula... adakah ia bersesuaian

dengan keadaan budaya dan masyarakat di sini?," katanya.

Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan

memerangi apa yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak

dapat dihindari kerana ia adalah lumrah alam.

"Kematangan dan jati diri yang dapat menjaga maruah, harga diri negara dan

bangsa supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen luar.

"Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai benteng dan perisai. Ia boleh

diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu menyediakan perisai itu, hanya

undang-undang sahaja yang boleh membantu memastikan keselamatan terus terjamin,

katanya.

PENTINGNYA AGAMA

Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi

dalam persimpangan dan tercari-cari untuk membentuk jati diri.

Shamrahayu berkata, kekuatan agama dan bangsa sebenarnya telah menjadi asas

jati diri yang dipegang sejak dulu.

"Kita akan lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika

paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan

globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu," katanya.

Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah

keburukan dan perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang

kecil menjadi maju dan makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang

masih kukuh yang menjadi benteng keutuhan bangsa, katanya.

"Tempoh lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika

kita bandingkan dengan Amerika yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita

kini baru sampai suku atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan yang kita capai

kini, mungkin kita lebih cepat lagi daripada Amerika.

"Semuanya kerana kita mempunyai asas agama yang mengajak kita untuk hormat

menghormati. Malah jika semua rakyat tidak kira agama menghayati agama

masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam negara ini, kita tidak

akan bersengketa," katanya.

Emosi dan perasaan dikawal oleh agama yang boleh meredakan persengketaan

serta menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan

yang ada.

UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI

Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi

dan pemikirannya hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal

demokrasi, kebebasan bersuara atau hak asasi.

Ini menyebabkan kadangkala kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara

emosi hingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa

kehancuran kepada sesebuah negara.

Menurut Shamrahayu, apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh,

hanya sistem perundangan yang mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi

mekanisme untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan.

Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan

komunis yang mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta

Hasutan sangat jelas bagi menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja

yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini, katanya

yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya.

Beliau berkata sebaik mungkin individu itu harus menjaga diri mereka melalui

agama, nilai-nilai budaya yang ada. Namun jika rakyat tidak mampu menjaganya,

maka undang-undang dan penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang kebebasan

melampau.

Ujarnya tidak perlu menunggu sehingga berlaku detik sukar untuk

menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan terus

berlaku terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang

boleh mencabar hubungan kaum dan agama di negara ini.

Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang

boleh menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia.

"Sentimen bangsa yang ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di barat.

Mereka di sana (barat) sudah berkurangan nilai dari segi moral, namun kita di

sini lagi kekal dan kukuh.

"Kerana moral itulah, undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi semangat

dan roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat," katanya.

-- BERNAMA

KK CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders The Malaysian Insider
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …