KEDI WANITA TEMBUSI MONOPOLI LELAKI

  • Widow sues after insurance declines cancer cover after husband gets cancer
    Widow sues after insurance declines cancer cover after husband gets cancer

    GEORGE TOWN, April 25 ― A widow is suing an insurance firm here for RM2 million after it declined to pay out on her husband’s policy against cancer when he was diagnosed with the disease six months... …

  • In Malaysia visit, Obama revisits the ‘Asia pivot’
    In Malaysia visit, Obama revisits the ‘Asia pivot’

    As the excitement swells ahead of US President Barack Obama’s visit to Malaysia this weekend – if not on the closed-off streets of Kuala Lumpur then at least in the media – there’s also a burgeoning anxiety here inside the Washington beltway that the hope’n’change promised by the so-called “Asia pivot” may need some tempering during this... …

  • PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP
    PR would have suffered serious losses in 2013 polls if hudud was major issue, says DAP

    Pakatan Rakyat would have suffered devastating setbacks in Perak, Pahang, Negri Sembilan and Melacca if it had made hudud a major issue in last year’s general election, DAP advisor Lim Kit Siang said. The Gelang Patah MP (pic), who had earlier said hudud was never a vote-winner for PAS in previous elections, gave an illustration of how PR... …

  • Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully
    Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully

    The Court of Appeal today struck out the charge against Selangor's deputy speaker Nik Nazmi Nik Ahmad who was charged under the Peaceful Assembly Act for failing to give police a 10-day notice for a rally last year. A three-man bench led by judge Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof also ruled in a unanimous decision today that Section 9 (5) of... …

  • Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules
    Assembly law cannot criminalise public gatherings, court rules

    PUTRAJAYA, April 25 ― The Court of Appeal today unanimously ruled it unconstitutional to criminalise spontaneous public assemblies in breach of the 10-day notice required under the Peaceful... …

  • Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama
    Albukhary International University withdraws decision to cease operations – Bernama

    The Albukhary International University (AiU) in Alor Setar, Kedah has withdrawn its decision to cease operations. Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the ministry was informed of the matter by the management of AiU through a letter Wednesday. "With that decision, the matter is no longer an issue," he told reporters... …

Ini adalah siri kedua kerjaya sebagai kedi. Bekas pelatih daripada Akademi

Kemahiran Belia Golf (AKBG), berkongsi pengalaman mengenai kerjaya barunya

sebagai kedi wanita di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia.

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- "Jika rasa diri tu puteri lilin, memang

tidak sesuai kerja lasak dan berpanas seperti ini. Lebih baik kerja pejabat,

ujar Norashikin Rahman, 25, mengulas akan kerjayanya sebagai kedi wanita.

Walaupun kurang disenangi keluarga terutama ibunya yang kasihan melihat

kulitnya yang bertambah gelap setiap kali pulang ke kampung, namun semua itu

dianggap hanya cabaran kecil.

Berada di bawah terik matahari atau kadangkala dibasahi hujan ketika

menjalankan tugas adalah perkara biasa yang sudah sebati dengan dirinya.

"Memang pada awalnya keluarga terkejut saya memilih kedi. Sekarang mereka

menerimanya setelah melihat perubahan yang positif serta peningkatan hidup saya

sekarang berbanding sebelum ini," menurut anak keenam daripada tujuh beradik

ini.

Kerjaya kedi yang dimonopoli kaum Adam itu menjadi pilihannya sejak lebih

setahun lepas sebaik menamatkan latihan di Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Beliau antara pelatih pertama yang mengikuti latihan selama sembilan bulan

di AKBG, yang dibuka pada tahun 2011, melalui Kementerian Belia dan Sukan

sebagai usaha menampung keperluan tenaga kerja kedi tempatan di kelab-kelab golf

seluruh negara. Kira-kira 90 peratus daripada kerjaya itu dimonopoli warga asing

terutama dari Indonesia, Filipina dan China.

RUTIN SEBAGAI KEDI

Menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di Kelab Golf Perkhidmatan

Awam (KGPA), Norashikin kemudian diterima bertugas di sana sebagai kedi junior

sebaik menamatkan kursus latihan.

Rutin hariannya bermula pukul 6.30 pagi dengan memeriksa jadual kerja dan

kemudian menunggu giliran untuk membawa pemain ke padang. Selepas mengangkat beg

yang diisi peralatan golf ke atas buggy, tugasnya sebagai kedi bermula.

Kebiasaannya, empat jam akan dihabiskan bersama pemain di padang.

Tugasnya bukan sekadar membawa buggy, mengutip bola, tetapi menjadi

penasihat dan memberi tunjuk ajar tentang pukulan, jarak dan seumpamanya.

Oleh itu seorang kedi bukan hanya perlu tahu tugasnya tetapi juga harus tahu

dan mahir tentang sukan golf dan peraturannya, ujar anak kelahiran Melaka ini.

Latihan yang diterima terutama kerja lapangan membantunya memahami tugas

sebenar seorang kedi terutama apabila berhadapan dengan pemain.

"Memang perlu kesabaran kerana kita akan bertemu dengan pelbagai ragam

pemain. Pernah juga masa mula-mula bekerja dulu kena marah dengan pemain sebab

tidak puas hati dengan khidmat saya.

"Namun kita minat pada tugas tersebut, ia bukan satu masalah sebaliknya

memberi peluang untuk saya belajar meningkatkan skill sebagai kedi terbaik,"

katanya.

MENGUBAH PERSEPSI

Tidak pernah merasa sedikitpun kekurangan berbanding kedi lelaki, Norashikin

berkata gender bukan masalah, kerana setiap tugas yang dilakukan seorang kedi

lelaki turut dilakukan oleh kedi wanita.

"Jika lelaki bawa buggy, kamipun bawa buggy. Memang tugas ini agak lasak,

kerana berpanas, perlu banyak berjalan dan stamina yang tinggi.

"Tapi setakat ini saya tidak berhadapan dengan masalah. Saya bukan sahaja

menjadi kedi untuk pemain wanita malahan mendapat kepercayaan pemain lelaki.

Mereka menerima dan bekerjasama dengan baik sama seperti kedi lelaki. Ini

membuktikan kemampuan kedi wanita," katanya.

Pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli-belah di Seremban,

beliau berkata peluang bekerja sebagai kedi memberi kepuasan kepada beliau untuk

mencorak masa depannya.

Tidak bersetuju dengan cakap-cakap yang menyatakan tugas kedi sangat susah

dan tiada peluang meningkatkan diri, beliau berkata semua itu hanya sekadar

tanggapan semata-mata, kerana jika berusaha pasti akan beroleh kejayaan.

Beliau sendiri walaupun masih baru namun telah melihat peluang yang cerah

dalam kerjayanya malah pihak pengurusan pernah menawarkannya untuk bertukar ke

bahagian pengurusan (pejabat).

Namun, buat masa ini, Norashikin belum bersedia untuk bertukar ke bahagian

lain kerana masih sayang dan belum puas melakukan tugas kedi.

Bertugas selama lapan jam sehari namun tempoh sebenar tugasnya hanyalah

empat jam manakala selebihnya banyak dihabiskan untuk pengurusan diri dan urusan

pejabat.

"Tidak susah manapun. Hanya tanggapan sahaja yang menyatakan tugas kedi

susah. Kalau minat dan buat bersungguh-sungguh ia akan menjadi lebih senang dan

mudah," katanya yang berhasrat untuk mendalami sukan golf secara profesional.

PENDAPATAN LUMAYAN

Siapa yang tidak gembira apabila menerima tips setiap hari.

Ia umpama terapi yang mampu menghilangkan penat setelah bekerja. Saya dapat

sekurang-kurangnya RM50 sehari, malah ada juga yang menerima sehingga ratusan

ringgit sehari.

"Kebanyakan yang bermain golf golongan berkemampuan seperti ahli perniagaan,

orang kenamaan dan pelancong dari luar negara.

"Lepas bermain, mereka biasanya akan memberi tips sebagai menghargai kedi

yang membantu. Ia umpama bonus buat kami ditambah dengan gaji pokok dan elaun

yang kami terima," ujarnya yang menerima gaji dan tips sekurang-kurangnya

RM3,000 sebulan.

Lebih menyeronokkan lagi apabila berpeluang bertemu dengan orang kenamaan

dalam negara atau luar negara. Antara yang pernah ditemui beliau ialah Sultan

Pahang, Sultan Ahmad Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan

Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin serta menteri kabinet dan kenamaan

lain.

Sifat jujur dan amanah perlu ada pada diri seorang kedi. Ia adalah asas

penting untuk seorang kedi bertahan dalam kerjayanya.

Norashikin berkata, kedi adalah orang kepercayaan pemain dan mereka

diamanahkan bukan sahaja menjaga peralatan golf pemain, tetapi juga barang

berharga yang lain.

"Kadangkala pemain suruh kita jaga barang peribadi. Kita kena jujur

dan amanah serta sentiasa ingat tanggungjawab sebagai kedi.

"Walau serapat manapun kita dengan pemain terutama yang biasa mengambil kita

sebagai kedinya, batasan tetap ada bagi menjaga profesionalisme kerja," katanya.

-- BERNAMA

KK CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …