KEHIDUPAN BAPA TUNGGAL BUKANLAH SESUATU YANG 'SURAM'

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

  • On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA
    On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA

    SUBANG JAYA, April 24 — The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) announced today a May Day rally to protest against Putrajaya’s newly-approved consumption tax system and a US-led free trade... …

  • Rafizi rips apart deputy minister's grant denial

    A PKR leader has pointed out that Abu Bakar Mohamad Diah referred to grant recipients from a different time period when denying that RM100 million was allocated to a firm purportedly favoured by Prime Minister Najib Abdul Razak. Rafizi Ramli also questioned if this was an oversight on the part of the science, technology and innovation deputy minister or a deliberate attempt to put a lid on the matter. In a statement today, the PKR director of strategy said Abu Bakar (left) disclosed to the …

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Membesarkan anak secara sendirian bagi ibu

atau bapa tunggal adalah sesuatu yang amat mencabar.

Bagaimanapun telah banyak yang diperkatakan tentang isu, masalah serta

dilema yang dihadapi ibu tunggal. Ramai dalam kalangan masyarakat juga mempunyai

persepsi tentang cabaran sebagai bapa tunggal adalah tidak ''sehebat'' yang

dihadapi ibu tunggal.

Ini terbit daripada sudut pandangan tentang aspek kewangan di mana ramai

yang melihat bapa tunggal mempunyai kerjaya, sedangkan ibu tunggal sebilangan

besar tidak bekerja.

Jadi apakah bapa tunggal menghadapi tekanan dan cabaran yang kurang dalam

mengendalikan keluarga dan membesarkan anak?

"Tidak semestinya, bahkan bapa tunggal punya masalah yang hampir sama dan

mungkin lebih berat daripada yang dihadapi ibu tunggal," jelas Anas (bukan nama

sebenar) kepada penulis.

ISU FEMININ

Bagi Anas, bapa tunggal yang mempunyai dua anak perempuan yang masih di

sekolah rendah, beliau menghadapi masalah dari aspek dan sudut ''feminin'' atau

kewanitaan dalam berkomunikasi dengan anaknya.

"Ada situasi yang sepatutnya diterangkan dan dibincangkan oleh seorang ibu,

tetapi saya cuba dengan sebaiknya mengambil alih peranan yang dimainkan seorang

ibu.

"Bapa tunggal perlu jadi ibu dan ayah sekaligus. Memang sukar untuk

bertindak sebagai ibu kepada anak, kadang-kadang terasa bersalah juga tidak

dapat memberikan kasih sayang sebagai ibu kepada mereka.

"Tetapi bapa tunggal perlu sedar yang mereka tidak semestinya memerlukan

pasangan bagi menyediakan suasana yang ceria dan bahagia di rumah. Yang penting,

bapa tunggal perlu beri keyakinan dan ketenangan kepada anak.

Jelas Anas lagi, sebagai manusia biasa beliau tidak berupaya dan mampu

melaksanakan kewajipan yang diperlukan sebagai ibu dan bapa pada masa yang

serentak.

"Ada had dan sekatannya tetapi saya perlu cuba semampu yang boleh," jelas

beliau, yang juga bekerja sebagai akauntan yang beroperasi dari rumah.

ANAK BOLEH MEMBANTU

Bagi Anas, anaknya juga membantu sebahagian daripada kerja rumah.

"Anak ada juga membantu seperti ketika memasak, basuh pinggan, mengemas

rumah serta membasuh dan menjemur kain.

"Kita sebagai bapa tunggal perlu menyesuaikan diri secara positif dan jangan

punya rasa bersalah jika kita gagal melakukan sesuatu (yang sepatutnya dilakukan

ibu).

"Yang pentingnya, kita perlu dapat rasa hormat daripada anak tetapi kita

juga perlu punya perasaan hormat dan menghargai mereka," jelas beliau.

KONGSI MASALAH

"Tetapi sukar untuk berkongsi masalah kerana tiada rakan daripada golongan

(bapa tunggal) yang sama. Macamana nak cerita situasi kita pada orang lain yang

tidak menghadapi masalah itu.

"Bagi mereka (bapa) yang punya isteri, mereka tidak akan faham apa masalah

yang dihadapi bapa tunggal dalam membesarkan anak.

Lain dengan ibu tunggal, ada badan atau persatuan yang memberi kaunseling.

Ada yang memberi sokongan dan nasihat yang praktikal, (tetapi) bukan untuk bapa

tinggal. Orang seperti kami mesti hadapi masalah secara sendiri".

Menurut Anas, beliau terpaksa menjauhi semua jemputan ke majlis atau acara

sosial seperti kenduri dan sebagainya.

Bagi Anas, beliau terpaksa banyak berkorban dalam kehidupan dan kerjaya,

yang terpaksa di''beku'' bagi menjaga kepentingan anaknya.

"Saya kenalah tengok program kartun seperti Upin dan Ipin, Spongebob

(Squarepants), Barbie dan Barney. Bila baca buku, baca buku tentang penjagaan

keluarga.

Tetapi bagi Anas, pengalamannya sebagai bapa tunggal dan perhubungan dengan

anak adalah yang paling berharga.

"Anak akan melihat diri anda sebagai role model," tambah beliau.

CABARAN JADI BAPA TUNGGAL

Menurut pensyarah Sains Kemanusiaan, Amien Iskandar, antara cabaran yang

dihadapi bapa tunggal ialah tidak mempunyai pasangan untuk berkongsi masalah

bila berhadapan dengan cabaran dan masalah.

"Hanya mereka sendiri yang bertanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga.

Mereka juga menanggung lebih stres".

"Tanpa pasangan (isteri) yang membantu, sudah tentu tekanannya lebih tinggi.

Ada tekanan dan tanggungjawab yang lebih dalam tugas harian menjaga anak.

"Bila ada stres dan keletihan, mungkin terdapat gangguan emosi dalam

penjagaan anak yang implikasinya memberi kesan terhadap pembawaan dan perangai

anak.

"Jadi bapa tunggal mengambil banyak masa dan tenaga tetapi jika cuba jadi

ceria, bapa tunggal akan jadi lebih kuat dari segi emosi," jelas beliau lagi.

-- BERNAMA

ZUL CR

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily news updates.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders The Malaysian Insider
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …