Kejayaan Jerman komitmen kerjasama luar biasa, kata Najib

SUPP perlu tawar pelan konkrit untuk bawa perubahan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman satu pencapaian luar biasa dengan semangat kerjasama.

Perdana menteri berkata, kejayaan pasukan Jerman itu perlu diterjemahkan kepada komitmen penjawat awam dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi.

"Pada pendapat saya kejayaan pasukan ini boleh disimpulkan sebagai kecemerlangan individu dan komitmen melalui kerjasama yang luar biasa.

"Bila kita dapat kumpulkan prestasi individu dalam konteks pemuafakatan sebagai satu unit ‎yang padu dan bekerjasama atas semangat permuafakatan, maka pencapaian akan lebih besar daripada jumlah individu," katanya semasa berucap di majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Pagi tadi Najib bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia‎ di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Perlawanan itu menyaksikan Jerman berjaya menumpaskan Argentina dengan 1-0 pada masa tambahan. – 14 Julai, 2014.

MENYUSUL LAGI