KELAINAN UPAYA BUKAN PENGHALANG KEJAYAAN

  • Hijacked plane forced to land at Bali airport, says report

    A hijacked Virgin Blue flight has landed at Indonesia's Bali airport, according to Reuters quoting Indonesia's Metro TV. MORE TO COME]]> …

  • Obama to meet Bersih, Islamic Front leaders
    Obama to meet Bersih, Islamic Front leaders

    United States President Barack Obama will meet with leaders of Malaysian civil society movements, including those from the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih), Islamic Renaissance Front and the Bar Council during his visit to Kuala Lumpur this weekend. …

  • Two criminal systems already exist, Gerakan told

    PAS legal bureau chairperson Mohamed Hanipa Maidin was responding to Gerakan's legal notice yesterday to challenge the former's intention to submit a Bill in Parliament to implement hudud law in Kelantan. "Gerakan's allegation outlined in the notice to PAS, that implementing hudud would result in the existence of two systems of criminal justice in the country is, with due respect, an allegation that is rash and baseless. Hanipa ( right ) said "for Gerakan's information", two criminal justice …

  • Selangor set to end water rationing next week

    The Selangor menteri besar expects to lift water rationing for the state and Kuala Lumpur by next week if current efforts to pump fresh water from mining ponds continue to prove successful. "We can declare the rationing discontinued next week if these conditions prevail," MB Abdul Khalid Ibrahim told a press conference in Klang today. He said as of today, eight pumps were drawing 400 million litres per day (MLD) of fresh water from alternative sources to help fill the drying Sungai Selangor …

  • 'Court decision on PAA a victory for all Malaysians'

    Human rights defenders welcomed the Court of Appeal's landmark decision which ruled Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act 2012 (PAA), punishing citizens who do not give 10 days' notice before they hold an assembly, to be unconstitutional, but cautioned that there were still some more kinks to be ironed out. Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen said that given the Court of Appeal's decision, those previously charged in lower courts over the Black505 rally and other …

  • Water price to go up 20% in Penang
    Water price to go up 20% in Penang

    Penangites can expect to pay 20% more for water under new tariff rates proposed by the state’s water operator. However, PBA Holdings Bhd chief executive officer Jaseni Maidinsa said despite the 20% increase for domestic consumers and 18.8% for trade consumers, the rates remain the lowest in the country. He said the proposed average domestic... …

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- "Mak, terima kasih. Walau pun anak mak ni

kurang upaya tetapi masih dapat buat yang terbaik untuk negara."

Sesiapa sahaja yang berada ketika ungkapan kata itu diluahkan atau hanya

mendengarnya melalui laporan media, pasti akan terguris emosinya.

Itulah ungkapan luhur pemanah paralimpik negara, Hasihin Sanawi selepas

beliau berjaya merangkul pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik London

baru-baru ini.

Seraya kejayaan merangkul pingat perak pada temasya sukan terbesar bagi

atlet kelainan upaya itu, Hasihin kini berjaya menempatkan dirinya sebagai

pemanah paralimpik keempat terbaik dunia.

Biarpun namanya tidak setanding atlet tersohor negara seperti Datuk Lee

Chong Wei (badminton) dan Datuk Nicol Ann David (skuasy), pemuda berusia 29

tahun itu tidak cepat alpa dan sentiasa merendah diri.

Kekurangan yang dimiliki beliau bukanlah penghalang untuk mencipta nama di

peringkat tempatan dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat

antarabangsa.

TEMPAT MULA KENALI SUKAN MEMANAH

Segala-galanya bermula di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Selangor

dan Wilayah Persekutuan, yang kini dikenali sebagai Rumah Insaniah Dr Siti

Hasmah di Petaling Jaya pada 2010, di mana beliau pertama kali mengenali sukan

memanah.

"Selepas kemalangan pada 2005 semasa membantu ayah membina rumah, kedua-dua

belah kaki saya lumpuh. Ketika itu saya dan keluarga semacam buntu, namun tidak

berputus harap untuk terus mendapatkan rawatan bagi memulihkan keadaan saya.

"Doktor kata kecederaan saya sukar dipulihkan. Saya memang putus harapan

sebab tidak lagi dapat membantu keluarga. Doktor yang merawat saya mencadangkan

agar saya menjalani pemulihan di PPOC.

"Masa saya mula masuk ke PPOC, saya tengok beberapa penghuni di situ giat

jalani latihan memanah, antaranya Allahyarham Salam Sidik. Dari situ timbul

minat saya untuk belajar sukan memanah," kata Hasihin.

Di bawah bimbingan jurulatih Amirullah Ahmad pada Majlis Sukan Negara (MSN),

Hasihin mula meniti kejayaan dalam sukan memanah.

IBU BAPA KURANG YAKIN

"Pada mulanya, ibu bapa saya tidak begitu yakin dengan keputusan saya untuk

menjadi atlet sepenuh masa. Mereka lebih rela saya tinggal di rumah dan di jaga

mereka," kata Hasihin, anak ketiga daripada empat beradik pasangan Sanawi Mat

Nin dan Sapiyah Mat Yan.

Ibu bapa mana yang tidak prihatin terhadap keperluan anak mereka dan tidak

kurang memberi dorongan dan sokongan.

Kecederaan kekal yang dialami Hasihin telah membuatkan ibu bapanya pada

awalnya seakan tidak rela untuk berenggang dengannya.

"Semasa di PPOC, Hasihin ada menyatakan hasrat untuk menceburi sukan

memanah, saya dan isteri kurang yakin.

"Namun lama kelamaan selepas melihat kesungguhan dan semangatnya dalam sukan

itu, kami sekeluarga gembira dengan perubahan yang ditunjukkan. Kami kini

sentiasa menyokong Hasihin dari belakang.

"Ibu bapa mana yang tidak bangga bila anak kandung mereka berjaya mencapai

kejayaan yang besar untuk negara. Kami amat berbangga dengan kejayaan yang

diraih Hasihin," kata bapanya.

TIADA SEBAB UNTUK MERENDAH DIRI

Kajian psikologi telah menunjukkan Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih

cenderung untuk merasa rendah diri dan tidak banyak bergaul dengan orang lain.

Akibat daripada itu, ia adalah antara sebab mengapa Malaysia sukar untuk

mendapatkan bakat baru atau melibatkan golongan OKU untuk bergiat dalam bidang

sukan.

Hal berkenaan diakui atlet elit olahraga paralimpik kategori cacat

penglihatan, Hemala Devi Eni Kutty.

"Memang sukar pada mulanya untuk bergiat dalam sukan khususnya sukan

kompetitif seperti olahraga. Bukan mudah... ada masa berjaya, ada masa ada rasa

kecewa.

"Saya sangat berharap semua ibu bapa yang ada anak istimewa, jangan biarkan

anak mereka terperuk di rumah sahaja.

"Mereka perlu didedahkan dengan dunia luar, antaranya sertai bidang sukan.

Dengan cara ini, ia membantu mereka lebih terbuka dan tidak memencilkan diri,"

katanya.

Nasihat Hemala Devi kepada ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya ialah

supaya tidak merasa malu dengan kecacatan yang dialami oleh anak mereka.

"Sudah tiba masanya anak istimewa ini diberi bantuan dari segi pendidikan,

sosial, psikologi dan keyakinan diri," kata atlet yang turut membawa cabaran

negara pada Sukan Paralimpik London 2012.

SOKONG ORANG KELAINAN UPAYA

Atlet senior, P.Mariappan, atlet powerlifting yang pernah menyumbangkan dua

pingat gangsa pada Sukan Paralimpik, pula melahirkan kebimbangan kerana tidak

ramai atlet muda yang mahu melibatkan diri dalam sukan berkenaan.

"Boleh dikatakan saya agak bimbang dengan sukan powerlifting kerana tidak

ramai yang mahu sertai sukan ini," kata atlet yang berusia 54 tahun itu.

Mariappan telah mewakili negara pada temasya Paralimpik di Seoul, Korea

Selatan pada 1988; Barcelona, Sepanyol (1992); Atlanta, Amerika Syarikat (1996);

Sydney, Australia (2000), Athens, Greece (2004), Beijing, China (2008) dan

London, England (2012).

Daripada tujuh penampilan beliau pada temasya sukan terbesar bagi atlet

kelainan upaya itu, Mariappan berjaya meraih dua pingat gangsa, masing-masing

pada temasya di Seoul dan Barcelona.

Katanya, dalam mendorong golongan OKU berjaya dalam apa-apa bidang

sekalipun, perspektif masyarakat di negara ini terhadap golongan itu haruslah

positif.

"Janganlah melihat kekurangan kami sebagai halangan dan alasan untuk memberi

peluang dan membantu kami. Kami perlukan sokongan anda semua," kata Mariappan.

Mengambil pengalaman berada pada dua temasya Sukan Paralimpik di Beijing

(2008) dan London (2012), masih ada banyak ruang yang harus dipelajari rakyat

Malaysia dalam menerima atlet atau orang kelainan upaya seadanya.

Pendedahan terhadap sukan kompetitif baik di peringkat kebangsaan mahupun

antarabangsa perlu diberikan kepada pelajar di sekolah pendidikan khas.

Lebih awal sukan itu dipupuk, lebih awal mereka pelajari skil bersukan dan

membentuk keyakinan diri, disiplin dan sikap berdikari.

Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara banyak

memberi bantuan dan sokongan kepada atlet kelainan upaya negara dari segi

latihan, peralatan sukan, perubatan, elaun dan ganjaran.

Ia adalah sesuatu tindakan positif dan membuktikan atlet dari kalangan orang

kelainan upaya juga diberi fokus dan dihargai.

-- BERNAMA

FA CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • 'Smaller' size keeps women loyal to men: Study IANS

    A team of researchers from the US and Kenya found that there was a strange link between the size of the penis and infidelity in a marriage. Contrary to what many men may assume, they found that men with bigger penises are more likely to have wives who cheat on them. …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …