Keluaran Panasonic Baru Bagi Mereka Yang Suka Fesyen!

Beberapa kamera baru telah dipersembahkan oleh Panasonic, mempamerkan beberapa rangkaian kamera Lumix dengan enam model dan tiga lensa boleh tukar yang menjanjikan boleh mencapai harapan dan kemahuan pengguna

“Kami berharap untuk memperkembangkan rangkaian kamera di dalam pasaran wanita dengan kempen Photonista. Buat masa sekarang, kami melancarkan kamera G siri yang baru, yang menawarkan zum tinggi, kompak digital dan tiga jenis lensa sebelum akhir 2012” kata Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia. “Wanita zaman sekarang sangat cerewet dalam apa yang mereka mahu dalam hidup, termasuk teman hidup dan juga karier, dan juga kamera yang lengkap bagi keperluan seharian mereka.”

Model terbaru ini termasuk LUMIX DMC-G5 baru, yang dapat menghasilkan gambar berkualiti tinggi dengan butiran bagai benar dengan resolusi yang tinggi serta penghasilan semula warna. Mengambil kesempatan sensor 16.05-megapiksel LOVE MOS dan Venus Engine, G5 mampu merakam video HD penuh 1920x1080 60p(NTSC)/50p(PAL) di dalam mod AVCHD Progressive dan bunyi stereo.

Untuk sesuatu yang lebih mahal pula, LUMIX GH3 dapat memberikan penggemar dengan pengalaman meneroka potensi kamera satu lensa digital tanpa cermin ini. LUMIX GH3 menggunakan paparan OLED bagi kedua – dua pemidang titik dan juga di skrin belakang yang boleh diubah sudut. Panasonic juga telah melancarkan aksesori tambahan untuk mengembangkan lagi potensi GH3

Bagi siri popular FZ LUMIX pula, ia dipadankan dengan zum optikal berkuasa dan juga kebolehgunaan yang ditambah termasuk operasi manual ketika mengambil gambar dan rakaman video HD penuh. Zum optikal 24x berkuasa (berkadaran 25-600mm pada kamera 35mm) boleh dikuatkan lagi ke 48x, terima kasih kepada fungsi Intelligent Zoom. Ia adalah kerana teknologi Intelligent Resolution, yang digunakan bagi mengekalkan kualiti gambar. Lagi penambahbaikan pada zum digital DMC-FZ200 adalah sensor 12.1 megapiksel yang baru

Bagi mereka yang suka meneroka, DMC-FZ60 mempamerkan lensa sudut luas 25mm kualiti tinggi LEICA DC VARIO-ELMARIT dengan zum optikal 24x (berkadaran 25-600mm pada kamera 35mm). Bukan saja ia dapat menangkap gambar objek yang jauh, tapi lensa luas ini dapat menangkap lebih kurang 196% lebih sudut pemandangan berbanding dengan kamera 35mm biasa. Ia banyak menolong bagi menangkap lanskap dinamik atau gambar berkumpulan di dalam bangunan.

Jurugambar yang suka mengambil gambar di tempat gelap pasti mahu mencuba DMC-LX7 yang dipadankan dengan lensa baru 24mm sudut luas ultra LEICA DC VARIOSUMMILUX dari Panasonic. Memaparkan zum optikal 3.8x (berkadaran 24-90mm pada kamera 35mm), lensa ini mempunyai apatur f/1.4 di bahagian luas dan f/2.3 di bahagian tele

Semua kamera akan berada di pasaran tak lama lagi bermula dari RM749.