KEMENTERIAN KESIHATAN LANCAR INISIATIF PERANGI OBESITI, PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

  • Express bus drivers say crashes not entirely their fault
    Express bus drivers say crashes not entirely their fault

    KUALA LUMPUR, April 24 — Swift enforcement and a proper monitoring system must be put in place as bus drivers and passengers shared their views over the Transport Ministry’s latest guidelines on... …

  • MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama
    MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama

    Preliminary investigation findings on the Malaysia Airlines (MAS) flight MH192 incident has revealed that the number three main wheel of the aircraft had burst during take off. Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the aircraft was currently grounded at the MAS Engineering facility in Kuala Lumpur International... …

  • Bible banned from Pahang hotel rooms – Bernama

    The Pahang Islamic and Malay Customs Council (MAIP) has prohibited hotel proprietors in the state from placing religious reading materials of other religions other than Islam in their rooms. According to MAIP deputy president, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, a letter of prohibition on the matter had been sent to 147 hotels across the... …

  • Pre-lim report to ICAO not public, yet

    Malaysia has yet to decide on whether the preliminary report on the MH370 incident submitted to the International Civil Aviation Organisation (ICAO) will be made public.   "We have issued the preliminary report. We've sent it to ICAO but we have not made a decision to release to media or the public," Department of Civil Aviation Chief Azharuddin Abdul Rahman said during a press conference in Kuala Lumpur.   Asked again on why it will not be released to public, although it is common practice, …

  • Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama
    Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama

    The Credit Counseling and Debt Management Agency (AKPK) has urged Malaysians to take a second job to help them tackle the high rate of household debt. Chief executive officer Koid Swee Lian (pic) said those in the teaching line, for example, could give extra classes to earn more money. "Teachers could earn more money by giving tuition to... …

  • International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says
    International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says

    KUALA LUMPUR, April 23 — Malaysia expects to finalise by next week the list of members on the independent team of experts commissioned by Putrajaya to carry out an extensive probe on the... …

BANGI, 14 Jan (Bernama) – Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan kempen

''1,000 Hari Pertama Kehidupan'' Ke Arah Generasi Sihat, satu inisiatif untuk

memerangi obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai berkata kempen itu merupakan satu pakej

penjagaan kesihatan dan pemakanan yang bermula dari awal kehamilan sehingga anak

mencapai umur dua tahun.

"Kajian telah menunjukkan bahawa penjagaan kesihatan yang sempurna dalam

tempoh masa ini adalah amat penting dan kritikal.

"Ia dilihat sebagai satu peluang keemasan bagi usaha pencegahan awal masalah

penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser dan

lain-lain," katanya pada majlis pelancaran kempen itu di Klinik Kesihatan Bandar

Seri Putra hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, kesemua 800 Klinik Ibu dan Anak di seluruh

negara akan mengikuti inisiatif ini untuk memastikan penjagaan kesihatan

kedua-duanya, terutama dalam tempoh 1,000 hari pertama kehidupan.

-- LAGI

LIOW-KESIHATAN 2 BANGI

"Kementerian Kesihatan sentiasa memberi penekanan serius kepada aspek

kesihatan dan pemakanan seawal prakehamilan. Sehubungan itu, semua ibu

mengandung dan bayi harus mengikut program ini... tidak kira mereka pergi ke

klinik swasta atau kerajaan, nasihat yang diberi telah diselaraskan," katanya.

Liow berkata kesihatan ibu dan anak berkait rapat dengan penyakit tidak

berjangkit khususnya masalah kurang berat lahir serta kurang zat makanan yang

akan menyumbang kepada masalah obesiti, darah tinggi, penyakit jantung dan

diabetes.

Selain itu, ibu yang obes dan menghidap diabetes semasa mengandung turut

menyumbang kepada permasalahan.

"Taraf kesihatan dan pemakanan ibu hamil serta kanak-kanak di Malaysia

secara amnya telah bertambah baik apabila masalah kekurangan zat besi atau

anemia di kalangan ibu hamil telah berkurangan daripada 32.6 peratus pada tahun

2005 kepada 14.5 peratus sehingga September tahun lepas.

"Peratus bayi kurang berat lahir di Malaysia (kurang 2.5 kilogram) yang

dikaitkan dengan kualiti penjagaan ibu semasa hamil, mencatat pencapaian yang

lebih baik iaitu 11 peratus berbanding kadar global iaitu 15 peratus," katanya.

-- LAGI

LIOW-KESIHATAN 3 (AKHIR) BANGI

Liow turut menyeru semua pihak yang terlibat dengan penjagaan ibu dan anak,

sama ada secara langsung atau tidak langsung, agar memastikan penjagaan

kesihatan serta pemakanan ibu hamil dan kanak-kanak.

Untuk ibu hamil, beliau berkata mereka harus mendapatkan pemeriksaan

antenatal pertama sebelum 12 minggu kandungan dan mengekalkan paras hemoglobin

sekurang-kurangnya 11 peratus sepanjang tempoh kehamilan.

Selain itu, ibu hamil harus memastikan kenaikan berat badan sesuai dengan

tempoh kehamilan iaitu 0.5 kilogram setiap bulan bagi lima bulan pertama, dan

0.5 kilogram setiap minggu bagi bulan seterusnya.

"Ibu hamil harus memastikan kesihatan gigi dan mulut berada dalam keadaan

yang baik, menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur

enam bulan, dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan

pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan," katanya.

Bagi kanak-kanak pula, Liow berkata mereka perlu diberi imunisasi mengikut

jadual bermula daripada lahir sehingga 18 bulan, dan memulakan pemeriksaan gigi

di klinik seawal usia setahun.

"Kanak-Kanak mesti menerima perkhidmatan kesihatan secara berkala untuk

memastikan penilaian dan panduan yang mencukupi mengenai tumbesaran dan

perkembangan, status pemakanan dan tahap kesihatan mereka secara keseluruhan,"

katanya.

-- BERNAMA

KHL KHL SBB

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …