Keputusan rayuan kalimah “Allah” 14 Oktober

Ban on Allah in Herald a matter of national security, says A-G

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh akhbar Katolik, Herald pada 14 Oktober ini.

Peguam Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi berkata Jabatan Peguam Negara menerima notis berkenaan daripada Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini.

Pada 10 September, tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamad Apandi Ali menerima perbicaraan peguam mewakili Putrajaya, Gereja Roman Katolik dan pihak berkuasa agama berhubung perkara itu.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akhbar berkenaan boleh menggunakan perkataan itu. Putrajaya bagaimanapun merayu keputusan tersebut.

Turut bersama Apandi adalah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Zawawi Salleh. - 7 Oktober, 2013.