KES SAMAN KUGAN: MAHKAMAH BERI KEPUTUSAN PADA 19 JUN

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Jun

ini untuk keputusan kes saman kecuaian yang difailkan oleh ibu A.Kugan, suspek

yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 2009.

Hakim Datuk V.T. Singham menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar

penghujahan daripada Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan peguam

R.Sivarasa, yang mewakili ibu Kugan, N. Indra.

Pada 13 Jan tahun lepas, N. Indra memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100

juta dengan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang ketika

itu Ketua Polis Selangor sebagai defendan pertama.

Bekas anggota polis, V. Navindran (yang didapati bersalah mengakibatkan

kecederaan kepada Kugan) sebagai defendan kedua diikuti bekas Ketua Polis Daerah

Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan.

Azizan, yang mewakili pihak defendan, mengemukakan bahawa selepas

penyiasatan, terdapat hubungan antara Navindran dan punca kecederaan kepada si

mati.

-- LAGI

MAHKAMAH-KUGAN 2 KUALA LUMPUR

"Dalam perbicaraan itu, ia menunjukkan Navindran datang ke balai polis di

mana si mati ditahan dan menyebabkan kecederaan. Dua anggota polis, Lans Koperal

Mohd Haizan Hamid dan Lans Koperal Junid Haron kemudian menghentikan Navindran

daripada terus memukul si mati.

"Navindran didakwa di mahkamah dan didapati bersalah berdasarkan keterangan

Mohd Haizan dan Junid. Oleh itu, kami mengemukakan bahawa keputusan untuk

mendakwa Navindran jelas menunjukkan dia tidak menjalankan tugas rasminya

sebagai pegawai polis tetapi bertindak secara bermain-main," katanya.

Beliau juga berkata Navindran telah hanya menafikan bahawa dia adalah orang

yang menyebabkan kecederaan tanpa apa-apa sokongan, menyalahkan orang lain

kerana memilih dia sebagai ''kambing hitam'' dan bukannya mencabar bukti yang

dikemukakan oleh orang lain.

Peguam Sivarasa berhujah bahawa Indra telah kehilangan sokongan dan

sumbangan kewangan bulanan selepas Kugan meninggal dunia.

Ketika ditahan, Kugan berusia 23 tahun dan adalah suspek kes curi kereta

mewah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal

memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan

polis dari 14 hingga 20 Jan 2009.

-- BERNAMA

ZMN MAM DC

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …