KETUMBUKAN MANTAP YAKINKAN RAKYAT KEMAMPUAN ATM LINDUNGI KEDAULATAN NEGARA - PANGLIMA TUDM

ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen.

Tan Sri Rodzali Daud berkata evolusi keupayaan TUDM telah diperkasakan daripada

segala dimensi agar keupayaan itu dapat diperkukuhkan secara total.

Ini, katanya, merangkumi penstrukturan organisasi, perolehan aset tempur

canggih, pembudayaan nilai teras dan pembangunan modal insan berkualiti.

Beliau berkata dengan ketumbukan yang mantap, ia akan dapat meyakinkan

rakyat bahawa Angkatan Tentera Malaysia khususnya TUDM benar-benar mampu

melindungi kedaulatan dan kepentingan strategik negara.

"Ini telah dibuktikan dengan pencapaian warga TUDM menabur bakti di bawah

panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan dan Afganistan dan Tim Pemantau

Antarabangsa di Mindanao," katanya.

Rodzali berucap pada Majlis Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus

Asas Penerbangan Siri 74 dan Kursus Asas Helikopter Siri 54/12, di Kolej Tentera

Udara Alor Setar di Kepala Batas, dekat sini hari ini.

-- LAGI

TUDM-JURUTERBANG 2 (AKHIR) ALOR SETAR

"Kecemerlangan TUDM juga terbukti semasa Operasi Daulat di Sabah baru-baru

ini di mana juruterbang TUDM yang terlatih telah membuktikan kecemerlangan

mereka semasa mengendalikan pesawat dan persenjataan moden," katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa TUDM tidak akan berkompromosi dengan

warganya yang melanggar disiplin penerbangan dan memudaratkan nama baik pasukan

itu.

Tindakan tegas termasuk diberhentikan daripada perkhidmatan akan diambil

jika perlu, katanya.

Terdahulu, tiga pelatih terbaik menerima anugerah masing-masing iaitu bagi

kategori Terbaik Penerbangan Sayap Kaku dimenangi oleh Lt Ungku Mohamad Nizam

Ungku Abdul Rahman; Terbaik Penerbangan Helikopter, Lt Khairulanam Hafiy

Abdullah; dan Terbaik Akademik, Lt Mohamad Amirol Mohd Deran.

-- BERNAMA

SMS SMS RS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …