K'JAAN NEGERI DIGESA LULUSKAN PERMOHONAN TANAH BINA SJKT LADANG TAMIL BATU KAWAN

GEORGE TOWN, 6 Jun (Bernama) -- Persatuan Bertindak Ibu Bapa Sekolah Tamil

Batu Kawan hari ini menggesa kerajaan negeri mempercepatkan kelulusan tanah

seluas 1.21 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang

Batu Kawan yang baharu.

Pengerusi persatuan itu, A. Govindasamy berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng

sehingga kini mengambil sikap berdiam diri walaupun telah menerima dua

memorandum berhubung isu itu pada pada Januari 2011 dan November 2010.

"Tanah itu terletak bersebelahan tapak sekolah baharu. Sekarang ini

kerja menaik taraf sekolah sudah bermula kira-kira 30 peratus, jika kerajaan

negeri terus berlengah, kami bimbang murid terpaksa tunggu lagi untuk dapat

bangunan yang selesa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum

kepada Penolong Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, P. Parameswari di

Komtar di sini.

Katanya kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini memberi tanah

seluas 0.8 hektar berhadapan Stadium Negeri Batu Kawan pada 2008 namun masih

tidak mencukupi untuk tujuan pembinaan infrastruktur tambahan seperti

padang permainan, makmal dan dewan sekolah yang lebih selesa.

-- LAGI

SEKOLAH-TANAH 2 (AKHIR) GEORGE TOWN

Govindasamy berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan

sebanyak RM6.3 juta pada November 2011 bagi tujuan pembinaan semula bangunan

sekolah yang menempatkan 150 murid dan 10 orang guru itu.

Beliau berkata sekolah itu yang beroperasi dalam estet sejak 1905, terbakar

10 tahun lepas dan dipindahkan ke sebuah bangunan setingkat yang mempunyai enam

buah kelas berhampiran tapak lama.

"Bangunan setingkat itu merupakan kabin lama yang diubah suai.

Memandangkan sekolah itu paling dekat di kawasan perumahan kami, murid-murid

terpaksa belajar di situ walaupun kemudahan sekolah tidak begitu lengkap,"

katanya.

-- BERNAMA

SAY3 LIB RON

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chief: Suspects wore GPS devices during killings Associated Press
    Chief: Suspects wore GPS devices during killings

    ANAHEIM, Calif. (AP) — Two parolees raped and killed at least four women while wearing GPS trackers, and there may be more victims, a California police chief alleged Monday. …

  • PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis The Malaysian Insider
    PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis

    The Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor has spoken out against critics of Putrajaya's handling of the Malaysia Airlines flight MH370 crisis, describing them as cowards for not providing solutions. "Don't throw stones and then hide your hands behind your back (make wild allegations). That's cowardice, don't just talk and not provide... …

  • ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit The Malay Mail Online
    ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit

    SHAH ALAM, April 15 — Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today he wished the Bible Society of Malaysia (BSM) well on its decision to move its headquarters out to Kuala Lumpur to... …