Koay Teow Kuali Besar Tetap Jadi Pilihan




Koay teow goreng kuali besar memiliki peminat tersendiri setiap kali bulan Ramadan menjelang, malah ia menjadi hidangan wajib bagi sesetengah individu.

Meskipun, koay teow goreng biasa dilihat di gerai biasa contohnya pasar malam, ada peniaga yang merubah sedikit rasa pada masakan mereka ketika bulan puasa, maklumlah, untuk memberi citarasa berbeza kepada orang yang kelaparan.

Bagi menikmati char koay teow sebenar, terdapat beberapa lokasi bazar Ramadan yang menarik dengan pilihan lebih daripada tiga atau empat gerai yang menawarkan koay teow goreng sedap yang mempunyai kelainan dari segi rasanya. Lokasinya seperti:

1.    Bazar TTDI, Shah Alam
2.    Bazar Pantai Dalam
3.    Bazar Kerinchi
4.    Bazar Setiawangsa
5.    Bazar Bukit Jalil
6.    Bazar Taman Mesra Kajang

Senarai di atas yang biasa dilawati tetapi sebenarnya masih ada lagi bazar yang terlepas pandang.

Pada hari munculnya Ramadan ini, pesanan biasanya mencecah 40 hingga 50 pek koay teow yang digunakan. Koay teow goreng tersebut dimasak mengikut cita rasa pelanggan dengan bahan tambahan seperti cili, taugeh, kerang atau udang.

Ada yang menghidangkannya dengan gaya masakan koay teow basah, tetapi biasanya tukang masak akan menggunakan cara kuetiau digoreng kering.

Koay teow goreng yang sedap biasanya akan menggunakan udang laut yang kemudiannya dimasak dengan cili kasar serta ditambah isi kerang.

Seterusnya, ia kicap masin akan dimasukkan tetapi uniknya kalau gerai tertentu memasukkan sekali kucai dalam masakan mereka.

Ia kemudiannya akan diakhiri dengan taugeh dan telur sebelum digaul sehingga sebati dan selepas itulah warna coklat akan timbul. Koay teow bersaiz besar biasanya akan digunaka peniaga tetapi kalau dapat yang halus, mungkin lagi sedap.

Pilihan cili jeruk juga disediakan berasaskan permintaan dan ia sememangnya menambah kelazatan koay teow yang sedang dimasak panas.

Uniknya dengan koay teow yang digoreng dengan banyak dalam kuali besar, ia masih lagi sedap walaupun sudah sedikit sejuk disebabkan kita membelinya  satu atau dua jam sebelum waktu berbuka. Kalau tidak keberatan, panaskan semula koay teow tersebut tetapi ia masih menjilat jari walaupun telah sejuk sedikit.