Koleksi Lagu Raya malar segar

Lagu-lagu Hari Rya P.Ramlee memang tidak lekang ditelan zaman.

MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri, himpunan lagu raya sudah lama mulai kedengaran di corong radio sebagai halwa telinga pendengar. Tidak dinafikan, walaupun ada yang mencipta lagu-lagu raya baru namun masih ramai yang meminati keaslian lagu-lagu raya dendangan orang lama.

Dendang Perantau nyanyian artis terunggul, Tan Sri P. Ramlee misalnya, sehingga kini mempesonakan.

Juga lagu Selamat Hari Raya ciptaan Ahmad Jaafar dan dinyanyikan oleh Puan Sri Saloma yang terus diminati hingga hari ini.

Lagu-lagu nostalgia  raya yang meruntun jiwa seperti Dendang Perantau (P.Ramlee) dan juga lagu Selamat Hari Raya yang dihafal hampir semua lapisan pendengar, melodi indah lagu Suatu Hari Di Hari Raya ciptaan dan nyanyian M. Nasir juga tidak ketinggalan menjadi siulan.

Lagu Hari Raya Sudirman juga turut menjadi siulan hingga ke hari ini.
Perjalanan anda pulang ke kampung halaman tercinta, pasti tidak lengkap jika tidak dihiburkan dengan lagu-lagu malar segar yang pasti berkumandang di corong-corong radio. Sudah tentu akan terhibur!

Kami di Yahoo! Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Muslim di mana-mana anda berada.

Anuar Zain

Pilihan Top 10 lagu Hari Raya Yahoo! Malaysia:

1). Dendang Perantau – Tan Sri P.Ramlee

2). Selamat Hari Raya – Puan Sri Saloma

3). Dendang Perantau – Tan Sri P.Ramlee

4). Menjelang Hari Raya – DJ Dave

5). Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone

6). Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman

7). Selamat Hari Raya – Ahmad Jais

8). Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang

9). Selamat Hari Raya – Fazidah Joned

10). Suasana di Hari Raya – Anuar dan Ellina

Berita Malaysia Terkini