KURANG GARAM, JAUHI RISIKO 'DARAH TINGGI'

  • It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama
    It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama

    Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was up to the president of the United States whether to see opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim or not. "It is his (Obama) right, up to him who he wants to see, he does not even want to see me, a former prime minister," Dr Mahathir (pic) told reporters in Putrajaya today. He was... …

  • Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say
    Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say

    GEORGE TOWN, April 24 — Analysts believe that Barisan Nasional (BN) does not stand a fighting chance in Bukit Gelugor, and even said it may not be worth the ruling pact’s time to contest the seat... …

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Orang di sekitarnya pasti akan memandang

wanita ini dengan penuh kehairanan sebaik sahaja mendengar permintaannya yang

agak ''pelik'' kepada pelayan restoran.

Tetapi itulah gelagat Nor Suraya Ali (nama samaran) setiap kali memesan air

kegemarannya, jus buah epal hijau yang mesti dicampurkan dengan garam.

Sekiranya tidak memenuhi citarasa, botol garam di depan matanya akan terus

dicapai dan ditaburkannya ke dalam gelas jus berkenaan.

Menyukai makanan ''masin'' adalah antara lumrah kehidupan masyarakat, namun ia

akan menjadi luar biasa apabila kenikmatan itu turut melangkaui sehinggalah

membabitkan air minuman.

Semuanya bukan kerana apa, tetapi dek obsesi melampaunya pada rasa masin

sehinggalah begitu menyukai segala makanan dan minuman yang bersangkut-paut

dengan rasa masin.

GARAM WAJIB ADA

"Saya sukakan rasanya. Selain rasa sedikit masin, ia juga seperti berlemak,"

kata suri rumah ini kepada Bernama.

Begitulah ketagihan Nor Suraya kepada segala benda yang masin dan ia bermula

sejak beliau kecil lagi dan berterusan sehinggalah saat ini.

Tidak cukup dengan rasa masin pada masakan, ditambah pula dengan hidangan

budu, kicap masin semasa penyediaan makanan bersama keluarga. Selain itu, wanita

Kelantan ini juga amat menggemari ikan masin dan boleh menghabiskan separuh biji

telur masin dalam satu masa.

Baginya apa yang penting adalah kenikmatan dan kepuasan selera yang

diperoleh daripada rasa masin sehinggalah sanggup ''menidakkan'' hasil diagnosis

doktor selepas kerap diserang pening kepala dan rasa hendak pitam.

Dalam umur yang masih muda, 27, Nor Suraya dipercayai menghidap darah

tinggi. Biarpun begitu, beliau tetap meneruskan obsesinya pada rasa masin cuma

dikurangkan sedikit setelah dinasihati suami.

"Saya macam tidak percaya kerana masih muda, tidak mungkinlah boleh dapat

penyakit darah tinggi," katanya.

MINAT ''MASIN'' KERANA MI SEGERA

Berlainan pula dengan Salimah Hashim, 28, yang mula menggemari makanan masin

selepas ketagihan mi segera dan makanan diproses dan ditinkan.

Semuanya bermula apabila anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini bekerja

sebagai perunding kanan di sebuah syarikat swasta di Bangsar.

Kesibukan kerja menyebabkan wanita ini jarang memasak dan lebih gemarkan

sesuatu yang ringkas, senang dan cepat.

Disebabkan itulah mi segera, makanan tin seperti sardin, sambal ikan bilis

dan pelbagai lagi produk menunya menjadi pilihan utama wanita bujang ini untuk

mengisi perut.

"Saya ada terbaca mengenai risiko mendapat penyakit darah tinggi akibat

daripada pemakanan masin. Takut juga tu ada, tapi saya akan cuba kurangkan

pengambilan makanan masin selepas ini," katanya.

DARAH TINGGI

Ketika ini, pengetahuan masyarakat lebih tertumpu kepada bahaya pengambilan

gula secara berlebihan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana, ia bukan

sahaja menjadi amalan kehidupan tidak sihat malah menyumbang kepada peningkatan

data pesakit diabetis dan obesiti.

Tetapi, tidak bagi garam. Mungkin ia disebabkan oleh kekangan maklumat

mahupun penyebaran maklumat mengenai bahaya pengambilan garam secara berlebihan

dalam jangka panjang.

Walhal, pengambilan garam tidak terkawal boleh meningkatkan tekanan darah

dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.

Pelbagai kajian sama ada dalam mahupun luar negara menunjukkan kesan positif

yang saling berhubung kait dengan risiko pengambilan garam berlebihan dengan

penyakit berkenaan.

Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang individu yang menggemari rasa

masin mengamalkan pula corak kehidupan sendentari, iaitu gaya hidup tidak aktif

serta dibelenggu dengan pelbagai stres.

Ini kerana, sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan

sekiranya tidak terkawal mereka berisiko diserang strok dan seterusnya penyakit

jantung.

RAMAI RAKYAT MALAYSIA ALAMI DARAH TINGGI

Dianggarkan kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia dewasa berumur lebih 18

tahun kini menghidap penyakit darah tinggi.

Justeru, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik berkata: "Oleh

yang demikian, pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah

dan seterusnya mengurangkan kejadian strok dan penyakit jantung".

Selain risiko darah tinggi, pengambilan garam berlebihan juga boleh memberi

kesan negatif terhadap buah pinggang.

KITA AMBIL TERLALU BANYAK GARAM

Tanpa kita sedari, sebenarnya budaya dan corak pemakanan masyarakat negara

ini boleh dikatakan menjurus kepada pengambilan terlalu banyak garam dalam

kehidupan seharian.

Mungkin ada mempertikaikan hakikat ini akan tetapi jangan lupa pada faktor

''garam tersembunyi'' seperti kicap, cencaluk, belacan, sos, serbuk perencah

monosodium glutamate (MSG), makanan siap diproses dan ikan masin.

Malahan, satu kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat

Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing pada tahun lepas mendapati

bahawa sos kicap soya adalah makanan utama yang menyumbang kepada kandungan

garam yang tinggi.

Biarpun mungkin secara kasarnya kita telah menggurangkan penggunaan garam,

tetapi kombinasi garam tersembunyi dalam bahan berkenaan sedikit sebanyak

menyumbang kepada kadar penggunaan garam secara berlebihan.

Ini dapat dilihat apabila (dalam kajian yang sama) kandungan purata

pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 8.7 gram sehari iaitu

1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

iaitu lima gram sehari.

Gaya kehidupan masyarakat hari ini yang lebih gemar makan di luar atau siap

dimasak, makanan segera juga menghalang seseorang individu itu daripada

mengamalkan pemakanan sihat.

BAGAIMANA KURANGKAN?

Bagi mereka yang menggemari makanan masin, sudah tiba masanya corak

pemakanan harus diubah.

Ini boleh dilakukan dengan mengurangkan garam atau menggantikan perencah

rasa dengan bahan perisa asli yang lebih berkhasiat dan sedap seperti

rempah-ratus dan limau, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM) Dr Tee

E. Siong.

"Saya nasihatkan supaya cuba memasak sekurang-kurangnya pada hari minggu

kerana ini boleh membantu kita mengawal bahan yang digunakan," katanya.

Selain itu, Menteri Kesihatan juga menggesa orang ramai supaya melaksanakan

pemeriksaan kesihatan secara rutin dan kekalkan tekanan darah (BP) pada paras

optimum iaitu 120/80 mmHG atau kurang daripada itu melalui langkah pengurangan

garam.

Di samping itu galakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, aktiviti

sihat haruslah dipraktikkan selain mengurangkan pengambilan makanan diproses,

segera, diawet, diasin, ditinkan, dibotolkan atau dijeruk.

Semua ini memerlukan komitmen. Mungkin pada awal ia agak sukar namun

lama-kelamaan anda akan terbiasa dan akhirnya menjadi amalan bersama keluarga.

Lagipun apalah salahnya berkorban ''rasa'' untuk hari ini sekiranya ia dapat

membantu menyumbang kepada usia panjang anda serta kesihatan yang baik.

-- BERNAMA

SKMS PR CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …