LATIHAN BERSAMA TENTERA MALAYSIA DAN INDONESIA PENTING DITERUSKAN

KUDAT, 13 Sept (Bernama) -- Latihan bersama atau eksesais antara Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) perlu diteruskan

kerana kepentingannya dalam menjalin kerjasama erat kedua-dua negara serta

mengisi misi keamanan serantau.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar yakin latihan

berterusan itu mampu menepis sebarang isu berkaitan sempadan selain membentuk

keseragaman sebagai satu pasukan bagi mengatasi perbezaan kaedah yang digunakan

oleh kedua-dua pasukan.

"Isu sempadan tidak akan menjejaskan hubungan baik Malaysia-Indonesia di

mana tidak akan ada isu berpanjangan kerana kita harus sentiasa berhubung,"

katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup latihan itu di

Kampung Tamalang, Sikuati, di sini, semalam.

Beliau amat berpuas hati dengan perjalanan latihan itu yang dianggap

berjaya dan terdapat peningkatan serta mencapai matlamat dengan baik.

Kira-kira 800 anggota tentera Malaysia dan Indonesia menyertai Eksesais

Kekar Malindo buat kali ke-36 yang bertujuan memantapkan lagi keupayaan anggota

keselamatan kedua-dua negara untuk menghadapi ancaman musuh.

-- LAGI

ATM-EKSESAIS 2 (AKHIR) KUDAT

Sementara itu, Panglima Daerah Militer 12 Tanjungpura (Pangdam) TNI Mayor

Jenderal Ridwan berharap latihan bersama itu dapat mengatasi segala isu

berkaitan dengan operasi di sempadan.

"Segala isu yang timbul mampu ditangani dengan kaedah yang terbaik bagi

mengelakkan permasalahan di masa depan," katanya sambil menyatakan harapan

kerjasama baik yang ditunjukkan oleh pihak tentera kedua-dua negara ini harus

dicontohi oleh masyarakat.

Eksesais itu dijangka akan diadakan di Balik Papan, Indonesia tahun depan.

Eksesais KEKAR MALINDO siri 36B/12 ini diadakan sejak awal bulan

September bermula di Kota Belud, Sabah dan antara lain yang turut serta dalam

eksais itu ialah anggota dan aset peralatan serta senjata dari unit-unit

Artileri, Rejimen Askar Wataniah, Polis Tentera, Perubatan, Semboyan dan

Perkhidmatan.

-- BERNAMA

SZA SZA RON

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …