Lawan Syaitan dan Pelesit – Diablo III

Diablo telah ditewaskan. Mephisto dan Baal juga tinggal rangka sahaja. Kejahatan masih menyelubungi sekian alam, dan anda sekali lagi diberi tugas untuk menghentikan bala bencana dan juga pelesit yang berkeliaran di bumi ini. Sebelum kita teruskan, kena ada latar belakang untuk rebiu ini. Yang belum pernah main Diablo sebelum ini (kesian…) takkan tau apa hal tentang jalan cerita game ini, anda akan menikmati perjalanan di sekitar dunia yang dipanggil Sanctuary ini. Yang dah pernah main D1 dengan D2 sebelum ini, jangan khuatir — ada banyak benda baru untuk anda terokai kali ini.

Bagusnya…

Kalau anda baca rebiu di dalam talian, banyak kata Diablo III tak best lah, itu lah, ini lah. Taklah jugak. Diablo III ada banyak pembaharuan berbanding dengan versi yang terdahulu. Malangnya, yang diperbaharui bukannya dari segi prestasi mahupun cara ianya dimainkan.

Semasa bermain game ini, saya ditemui masalaha. Siri Diablo sememangnya direka untuk menjadi sebuah game dimana anda klik dan sabit semua yang datang ke arah anda. Musuh pun rasa macam berduyun-duyun datang, dan saya tak kisah dengan jalan cerita.

Diablo III pula lain — ia cuba membina sebuah dunia untuk anda terokai. Setiap acara khas akan ada klip audio yang mengisahkan tentang raksaksa yang anda temui, orang baru yang anda jumpa, ataupun kisah mengenai tempat tersebut yang diceritakan oleh non-playable characters(NPC). Benda kecil sebegini yang membuatkan anda berkata "Eh, benda baru! Ada benda lain ke yang saya boleh cari?" ia membantu para pemain menghayati dunia ini dan jalan ceritanya juga menarik untuk didengar.

Kali ini juga gameini memberikan anda jalan cerita yang mengasyikkan. Sebelum ini jalan ceritanya ala kadar sahaja — kini anda ada sebab kenapa anda kena bunuh bos ini, ataupun tunggu sampai ke akhir jalan untuk berjumpa Diablo.

Untuk mendapatkan perkakasan baru, anda boleh sama-ada teroka peta, mencari peti emas — araupun pergi ke rumah lelongan dalam talian. Di sini anda boleh beli — dengan duit emas game ataupun duit sebenar (betul, dalam USD) untuk mendapatkan pedang, perisai ataupun kasut yang bertahap lebih tinggi dari tahap karakter anda.

Tak Best Pulak…

Pemain Diablo dan Diablo II dulu boleh membina karakter yang unik — setiap kali karakter anda naik-taraf, anda boleh letak poin naik taraf anda ke tempat yang berbeza, untuk membuat karakter yang berbeza setiap kali anda memain game ini. Malangnya kali ini opsyen yang diberikan amat kurang sekali.

Kini anda diberikan satu opsyen setiap kali karakter anda naik taraf. Tak sebanyak dahulu. Pilihan untuk anda membuat karakter yang berbeza sekali sudah tiada. Mungkin ini perkara yang baik agar anda boleh fokus dengan dunia persekitaran yang mengasyikkan.

Malang sekali ianya indah khabar dari rupa. Mod pemain tunggal sememangnya senang — musuh datang berduyun-duyun macam bah ingin memecahkan empangan. Sampai sahaja ke bos, anda rasa pengalaman Diablo III macam tak cukup sahaja, sebab anda akan menjadi sungguh kuat, sehingga anda dapat one-slash-kill sahaja. Masalah paling besar yang anda akan hadapi ialah sambungan anda bermasalah, dan game anda akan lag.

Benci…

Yang kami tidak boleh tahan ialah game ini memerlukan — ya, MEMERLUKAN — sambungan internet untuk main. Cuba fikirkan — game yang direka untuk dimain seorang (dan mungkin dengan kawan-kawan sekali sekala) perlu disambung ke internet setiap kali anda melancarkannya. Bodoh bukan?

Lagi melawakkan ialah server yang digunakan oleh pemain untuk membolehkan mereka main game ini boleh overload! Sampai sekarang, sambungan ke server memang tak stabil. Untuk melengkapkan masalah game ini, mereka yang tidak mempunyai sambungan Unifi akan mempunyai masalah sambungan — tak pernah kami mengadu tentang game yang mempunyai mod pemain tunggal, dengan masalah lag!

Kalau anda ada kawan yang sama-sama membeli game ini, anda boleh menyertai game mereka — tanpa perlu kebenaran mereka. Samalah mereka boleh masuk ke game anda — yang lebih buruk? Mereka masuk ke game anda, raksaksa dan pelesit yang anda kena bunuh akan menjadi sama taraf dengan kawan anda yang mempunyai tahap yang lebih tinggi. Jadi anda boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh raksaksa — kalau kawan anda tak tolong lah!

Akhir kata…

Diablo III direka seperti game MMO — anda perlu rakan untuk main bersama untuk mendapatkan keseronokan yang maksimum. Kalau anda boleh hidup dengan fakta ini — kami memang cadangkan anda untuk membeli game ini.

Jom Jumpa Kelas

Barbarian

Yang suka membuta-tuli meluru ke dalam apa-apa situasi, Barbarian sesuai dengan anda. Pakar untuk berlawan dengan tangan untuk membinasakan lawannya. Dia juga boleh menerima paluan demi paluan untuk rakan-rakannya. Kemahiran pasifnya juga direka untuk stamina yang lebih agar dapat hidup lepas dipukul dengan rakus oleh pelesit sekitar beliau. Kalau anda dapat dan suka senjata yang besar, ini kelas untuk anda.

Demon Hunter

Pemanah ini menggantikan Amazon dari Diablo II. Seperti Amazon, Demon Hunter berlawan dari jauh — dengan pengkhususan dengan busur dan busur silang. Dia bergantung dengan busur beliau, dan juga perangkap yang akan menangkap musuh beliau. Beliau menggunakan dua jenis kuasa — Hatred untuk kuasa tempur beliau, dan Discipline untuk kemahiran perangkap beliau.

Monk

Ini adalah untuk mereka yang suka bagi penumbuk. Monk mungkin terlalu berkuasa, tetapi ia bergantung kepada seseorang. Kemahiran beliau semuanya untuk jarak dekat, dan kebanyakkannya boleh melanda ke beberapa subjek sekaligus. Beliau juga adalah satu-satunya karakter yang boleh menyembuhkan karakter lain — jadi yang selalu bermain dengan rakan yang lain, seorang patut menjadi Monk.

Witch Doctor

Hampir serupa dengan Necromancer di dalam Diablo II, Witch Doctor berbekalkan kuasa sihir untuk menyawakan kembali mereka yang sudah mati. Dia akan melemahkan musuh, dan yang mati-hidup-semula yang membunuh musuh. Yang peliknya, beliau mempunyai pelat Jamaica. Jadi cara beliau cakap berbeza sedikit.

Wizard

Wizard di dalam Diablo III rupanya ada macam Loki dari wayang Avengers. Beliau juga sangat angkuh — dari cara dia bertutur dan berjalan anda boleh tahu. Wizard ialah kelas untuk mengawal kumpulan yang besar — dia tidak perlu masuk ke bilik tersebut untuk membasmi pelesit yang ada dalam bilik tersebut. Kelas ini berkongsi banyak persamaan dengan Sorceress dari Diablo II. Beliau boleh memanggil halilintar, api dan fros untuk digunakan terhadap musuh — malang sekali beliau tidak ada kebolehan untuk menjadi pakar di dalam satu-satu elemen.

Tambahan - Sukahati Lawan Unicorn dan Awan Comel

Jika di dalam Diablo II anda ada level lembu, di dalam Diablo III, anda akan ada satu level yang anda boleh memburu benda-benda yang comel — Unicorn, beruang dan sebagainya. Anda perlu mengumpul beberapa barangan yang didapati di merata tempat untuk membolehkan anda mencapai ke lokasi ini.