LELAKI MAUT DITIKAM DI DADA

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki maut dipercayai akibat

ditikam dalam pertengkaran dengan seorang lain dekat sebuah pusat membeli belah

di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata mangsa, Wong Fook

Lum, 55, beralamat di No.25 Jalan 22/47, Taman Len Seng, Cheras maut di tempat

kejadian selepas ditikam di rusuk kanan.

Zainuddin berkata menurut seorang penjual ais krim, 33, mangsa dilihat

bertengkar dengan suspek yang berusia lingkungan lewat 50-an di Jalan 1/77B, Off

Jalan Imbi.

"Dalam pertengkaran itu, saksi melihat suspek memegang sebilah pisau sebelum

mangsa sempat masuk ke dalam keretanya," katanya kepada pemberita.

Zainuddin juga berkata, selepas itu suspek melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh,

katanya.

-- BERNAMA

SN2 JM RS

Loading...