Advertisement

LG Optimus G

Selepas diceritakan beberapa kali, LG akhirnya menunjukkan Optimus G mereka. Ini adalah telefon empat teras pertama LG yang menawarkan sokongan LTE.

Ia berkelajuan 1.5GHz dan mempunyai Asynchronous Symmetric Multiprocessing (aSMP). Ini membolehkan setiap teras untuk mengkuasakan aplikasi telefon ini secara individu untuk memaksimakan prestasi dan memanjangkan hayat bateri. Bayangkan, kesemua ini di dalam satu badan yang hanya senipis 8mm.

Ia ditambah lagi dengan kaca premium dengan corak berpolar yang digunakan di bahagian belakang yang memberikannya rekaan yang kemas dan moden. Cantik, banyak fungsi dan berkuasa. Apa lagi yang kamu mahukan?