MAKANAN 'PEMBUKA SELERA' TRADISIONAL DARI PANTAI TIMUR

  • Karpal's last words in House:Don't play with Constitution

    Karpal Singh is best known for his fiery speeches in the Dewan Rakyat, earning him the moniker the Tiger of Jelutong. Even during his last appearance at a Parliamentary debate, the 74-year-old wheelchair bound MP didn't disappoint. "The Honourable Speaker should not play around with the (Federal) Constitution. Follow the Constitution. …

  • False MH370 leads prompt hope, theories from families and experts, says WSJ
    False MH370 leads prompt hope, theories from families and experts, says WSJ

    In the search for debris from Malaysia Airlines flight MH370, numerous findings of wooden pallets, nets and floating garbage are keeping grieving families clinging on to the hope that those on board may still be alive, and prompting theories from aviation and ocean experts about the plane's final minutes. Mohamad Sahril Shaari, 24, whose... …

  • Fourth US officer charged in ‘Fat Leonard’ bribery scandal

    A fourth US navy officer has been charged with leaking information to a foreign defence contractor owned by Malaysian Leonard Francis, in exchange for cash and other gifts in a widening bribery scandal, officials said yesterday. Petty Officer First Class Dan Layug, 27, was arrested on Wednesday in San Diego and appeared in court yesterday,... …

  • Told to ‘shut up’ on Twitter, Zul Noordin lashes back at Khairy
    Told to ‘shut up’ on Twitter, Zul Noordin lashes back at Khairy

    KUALA LUMPUR, April 18 — A tiff may be brewing between former Perkasa vice president Datuk Zulkifli Noordin and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin on Twitter. Told unequivocally by the minister... …

  • Anwar: Karpal defended me pro bono
    Anwar: Karpal defended me pro bono

    BUTTERWORTH, April 18 ― The late Karpal Singh had refused to accept payment from Datuk Seri Anwar Ibrahim when he took on the latter’s sodomy case back in 1998. The federal opposition leader told... …

  • Karpal Singh, a man for true believers of justice
    Karpal Singh, a man for true believers of justice

    As I sat here at my home in Penang at 4 am in the morning of April 17, 2014, waiting for my driver to come and pick me up to go to the Ipoh Hospital, I felt numb by the shocking news relayed to my wife Betty through my sister Hui Ying an hour earlier. I had gone to bed early as I was unwell and was still groggy when the import of her words sunk... …

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Malaysia memang terkenal dengan pelbagai

jenis hidangan makanan segera di samping kehadiran restoran dan kedai makan yang

begitu banyak dan ''kontemporari''.

Namun begitu, masyarakat tidak pula lupa akan beberapa ''pembuka selera''

tradisional yang datang dari negeri-negeri tertentu baik Semenanjung maupun

Sabah atau Sarawak.

Jika Sarawak terkenal dengan ikan terubok masin, Melaka pula popular dengan

cencalok, Kedah pula begitu sinonim dengan ikan pekasam.

Perak sememangnya terkenal dengan tempoyak dan belacan pula unggul di Pulau

Pinang. Maka budu juga tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat negeri

Kelantan.

Budu, kadangkala dipanggil ''sos ikan bilis'' untuk penyesuaian dengan

pasaran, adalah satu pembuka selera tradisional. Namun bukan semua orang

Kelantan minat akan makanan ini, kerana mungkin tidak tahan dengan baunya atau

''geli'' dengan cara pembuatannya.

Tetapi kini pengeluar budu mula menapak dan membesarkan pasaran. Ada juga

beberapa jenama yang menggunakan label ''sos ikan bilis'' bagi menyenangkan aspek

pemasaran kerana ada juga yang janggal dengan perkataan ''budu''.

Persoalannya, adakah budu mempunyai khasiat?

Menurut beberapa kajian, budu mengandungi ''glutathion'' yang bertindak

sebagai antioksidan yang boleh mempertingkatkan daya tahan tubuh (imuniti)

terhadap beberapa penyakit.

RADIKAL BEBAS

Menurut pengamal perubatan yang mahu dikenali sebagai Dr Syed Abu Bakar,

kandungan budu dipercayai boleh melawan elemen radikal bebas dalam badan dan

dipercayai mampu menghalang proses penuaan.

"Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu

menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti

aterosklerosis.

"Kajian juga mendapati budu boleh menurunkan kadar kolestrol darah,"

katanya.

Jelas Dr Syed Abu Bakar lagi, budu dipercayai mampu meningkatkan

''intelligence quotient'' (IQ) kerana ia dikatakan memperkukuhkan ikatan di antara

neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

"Budu adalah sumber vitamin B yang paling banyak. Budu yang dibuat daripada

ikan bilis juga penyumbang utama vitamin B12 di mana vitamin ini tidak dimiliki

dari mana-mana sumber makanan laut, ikan dan daging lain.

"Vitamin B12 perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan

vitamin ini boleh terjadinya anemia, sakit perut dan berat badan menurun,"

tambah beliau.

ALERGI

Tetapi bagi mereka yang mempunyai alergi (alahan) kepada makanan laut,

eloklah menghindari daripada makan budu kerana kandungan utama budu adalah ikan

bilis iaitu sejenis makanan laut yang boleh menimbulkan alahan dan rasa gatal di

kulit individu tertentu, jelas Dr Syed Abu Bakar.

"Begitu juga mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau

hipertensi, budu yang agak masin mempunyai kandungan garam yang agak tinggi dan

boleh menaikkan tekanan darah.

"Ia juga tidak sesuai bagi mereka yang menghidapi ''gout'' (kandungan asid

urik yang tinggi dalam badan) selain mereka yang mengalami masalah endokrin

seperti diabetis, barah payudara, keguguran rambut yang kronik dan resdung

(gatal-gatal di hidung dan muka)," kata pengamal perubatan itu.

PENGGEMAR BUDU

Menurut seorang penggemar budu ''tegar'' yang hanya mahu dikenali sebagai

Zulkifli, budu adalah makanan yang sinonim dengan masyarakat Kelantan.

Menurut Zulkifli, budu ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan

bilis. Ia adalah makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di

Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.

"Budu boleh dijadikan sebagai pembuka selera. Ia adalah satu masakan

sampingan dan boleh dimakan dengan nasi putih, nasi kerabu (juga makanan

tradisional) atau nasi ulam," kata beliau.

Zulkifli, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, berkata, budu dahulunya

adalah satu perusahaan kampung atau ''cottage industry''.

"Dulu budu hanya dibuat secara kecil-kecilan, menggunakan tempayan. Tetapi

kini proses membuat budu tergolong dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan

memberi pulangan yang baik kepada pengusaha industri ini," kata beliau.

INDUSTRI BUDU

Kata Zulkifli lagi, dulunya industri membuat budu hanya tertumpu kepada

beberapa lokasi.

"Bahan-bahan mentah untuk budu seperti ikan bilis, garam dan ragi ditutup

rapat dan disimpan dalam tempayan untuk satu masa tertentu. Di Pasir Mas, ada

satu tempat namanya Pengkalan Batu, tetapi kerana ia begitu terkenal dengan

penghasilan budu, masyarakat setempat memanggilnya sebagai Pengkalan Budu.

"Begitu juga di Benta, Pahang. Ada satu tempat yang popular dengan produksi

budu sehingga orang tempatan menggelarkan lokasi itu sebagai kampung budu,"

tambah beliau.

Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya

dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil.

"Dulu budu hanya dijual di pasar dan hanya didapati dalam tempayan. Kini ia

dijual di kedai-kedai runcit dalam botol kecil bahkan sekarang terdapat di

pasaraya terkenal, malah kini dipaket untuk memudahkan penggemar budu membawa ke

mana sahaja.

"Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan

lain seperti cili, mempelam dan air perahan limau nipis".

Selain sumber protin yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai

sumber serat yang baik. Kandungan serat dalam budu mampu antara lapan hingga 10

peratus bagi setiap 100 gram. Budu dikatakan juga boleh menurunkan kadar

kolestrol kerana kandungan seratnya yang agak tinggi.

Menurut satu ujian, pengambilan budu sebanyak 150 gram sehari selama dua

minggu dapat menurunkan kadar kolestrol.

MAKANAN KUNO

Dahulunya budu dianggap makanan kuno dan hanya dimakan oleh golongan yang

tidak berkemampuan di luar bandar.

Berbeza sekarang, terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,

tidak lengkap jika restoran yang dimiliki oleh orang Kelantan atau peniaga dari

Pantai Timur tidak menghidangkan hidangan budu.

Malah budu juga kini semakin memikat hati pelanggan di resoran-restoran yang

menghidangkan sajian ''selera dari pantai timur''. Namun ada juga yang tidak

menggemari makanan ini.

Rata-ratanya ada juga mereka tidak menyukai bau budu yang agak kurang

menyenangkan. Akan tetapi ramai yang berjaya menggemari budu setelah mencuba

pertama kali, ‘tak kenal maka tak cinta’.

Selain ulaman, budu enak dimakan bersama ikan bakar, telur rebus, nasi kepal

dan sebagainya mengikut kreativiti selera masing-masing. Pendek kata semua

makanan hendak dicicah budu.

Uniknya budu, satu hidangan dikongsi dan dicicah bersama keluarga atau

rakan-rakan dalam satu bekas. Ini dapat memperkukuhkan silaturahim dan ukhuwah

antara golongan tua dan muda.

Dari segi proses penghasilan budu pula, sudah pasti makanan ini bebas

daripada bahan kimia.

Saranan Zulkifli, ibu bapa perlu mendedahkan makanan tradisional masyarakat

Malaysia ini kepada anak dari usia kecil agar terus menjadi makanan kegemaran

generasi akan datang.

Pada realitinya setinggi mana jawatan yang disandang atau dikenali ramai

seperti orang kenamaan, artis dan seumpamanya, mereka tidak pernah lupa produk

tempatan yang dicipta oleh nenek moyang mereka dahulu.

-- BERNAMA

MAB RON ZUL CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains The Malaysian Insider
    Langkawi BN MP pokes fun at Karpal Singh’s remains

    As the nation mourns the passing of a great politician, BN MP Datuk Nawawi Ahmad insulted the late Karpal Singh by posting a picture of the veteran politician's blood-smeared face as he lay in his Toyota Alphard following a tragic accident this morning. Along with the Facebook picture was a newspaper cutting on Karpal being opposed to the... …

  • My dad was in KL to see me, says Gobind The Malaysian Insider
    My dad was in KL to see me, says Gobind

    Bukit Gelugor MP Karpal Singh, who died in an accident early this morning, was in Kuala Lumpur to visit his son Gobind Singh Deo who was ill. A distraught Gobind said he was informed of the accident at 2.15am today, and he and his wife rushed to the scene where he saw his father's mangled car and his father's body. "My brother Ramkarpal was... …

  • Karpal makes last journey home to Penang The Malaysian Insider
    Karpal makes last journey home to Penang

    Amid tears of sorrow, a coffin bearing Karpal Singh's body was loaded onto a van for his final journey back to Penang today. The 73-year-old, popularly known as the "Tiger of Jelutong", died early this morning after the Toyota Alphard he was in collided with a five-tonne Mitsubishi Canter. Karpal's body had been brought to Raja Permaisuri... …