Advertisement

Makanan unik sekitar di bazaar Ramadan

Lauk-pauk, kuih-muih tradisional seperti karipap, kuih keria serta air tebu adalah antara juadah yang biasa dilihat dan dijual di bazaar Ramadan. Namun terdapat juga beberapa juadah makanan yang unik dijual di sana. Anda harus datang mencuba makanan unik ini di beberapa lokasi bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur!

KAMBING GOLEK



Bukan senang nak jumpa kedai yang memanggang kambing golek di hadapan gerainya. Rasanya ini hanya boleh dilihat apabila ada kenduri tertentu atau pun di hotel. Lihat saja gambar ini, besar betul kambing itu!

SOTONG BAKAR



Dijual di bazaar Ramadan Bandar Sri Permaisuri, sotong ini dibakar kering dan diletakkan sos dan kacang di atasnya. Nikmati kelazatannya! Nyum!


GULAI LEMAK TEMPOYAK



Ianya bukanlah makanan yang pelik dan semestinya ia boleh dimasak di rumah. Namun apabila ia dijual di bazaar Ramadan Jalan Chow Kit, pasti ramai yang mahukannya!

BURUNG PUYUH GORENG



Ketepikan ayam goreng, ikan goreng dan sebagainya. Burung puyuh segar yang digoreng garing sememangnya sedap dimakan bersama nasi putih panas ketika berbuka puasa.

ITIK PANGGANG



Itik panggang yang dijual dengan harga RM38 seekor ini jarang sekali ditemui di bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur. Dapatkannya di Bandar Sri Permaisuri!

SOMTAM



Makanan yang berasal dari Thailand ini adalah campuran betik bersama kacang panjang dan udang kering ini enak dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng. Selalunya dijual di kedai-kedai tertentu sahaja tetapi kini ianya boleh didapati di bazaar Ramadan.

STEW KAMBING BIRI-BIRI



Jika berjalan sahaja ke bazaar dan melihat kedai ini pasti anda akan berhenti seketika kerana bau rempahnya yang begitu menyelerakan! Keunikan gerai di sini adalah mereka menjual stew kambing biri-biri yang jarang sekali boleh didapati di bazaar Ramadan lain.

AIR DURIAN



Buah durian dan pulut durian adalah biasa. Bagaimana pula jika dibuat air? Pasti jadi tarikan buat penggemar durian! Dapatkannya di bazaar Ramadan Jalan Chow Kit.

GULAI ITIK



Jika tadi itik panggang, kini gulai itik pula. Dimasak dalam periuk besar, aroma rempah-ratus yang digunakan pasti membuat orang ramai terliur apabila membaunya ketika lalu-lalang. Makan bersama nasi putih panas, pasti kenyang sampai sahur!