Advertisement

Malaysia harus berpindah dari bantuan tunai ke bantuan berasaskan hak

Ketahui hak jika pinjam wang dengan syarikat pemberi pinjaman berlesen

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) mencadangkan Malaysia berpindah daripada polisi berasaskan amalan kebajikan kepada polisi berasaskan hak untuk mengelakkan diskriminasi dan rasuah.

Dengan program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M dan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) ia boleh menyumbang kepada rakyat yang memerlukan, namun wakil khas UNHRC bahagian hak pemakanan, Olivier De Schutter berkata, sistem polisi seperti ini tidak mampan bagi negara.

"Kerajaan harus meletakkan program sosial yang merupakan satu-satunya program yang menyediakan pemindahan wang tunai kepada keluarga yang memerlukan tetapi program sebegini tidak boleh dikekalkan," kata De Schutter di Kuala Lumpur hari ini.

"Ia bukanlah program bantuan berasaskan sosial dan bukan juga untuk melindungi rakyat dengan memberikan hak yang boleh mereka minta daripada badan swasta. Ini membuatkan rakyat tidak tahu apa yang harus mereka lakukan dan mereka tidak boleh membuat aduan jika tidak dimasukkan dalam sistem BR1M," katanya

Program BR1M telah digunakan oleh kerajaan untuk meringankan beban miskin dengan memberi wang tunai.

Dalam kenyataan Bajet 2014, Putrajaya memutuskan untuk menaikkan wang bantuan daripada RM500 ke RM650 bagi tiap keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan. BR1M bagi individu berusia 21 tahun ke bawah yang berpendapatan kurang daripada RM2000 adalah RM300.

Walaupun pemberian wang tunai boleh meringankan beban akibat kenaikan kos kehidupan, program bantuan ini dikritik kerana ia tidak membantu menaikkan status pendapatan serta mengurangkan pengantungan kepada pemberian wang tunai. – 18 Disember, 2013.