MALAYSIA MAHU TINGKAT PENGGUNAAN GAS ASLI UNTUK KENDERAAN

  • Now, Putrajaya denies giving RM100 million grant to bank-rejected firm

    Putrajaya today denied that it had awarded NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd (NSERC) a RM100 million grant, as claimed by a PKR leader. Malaysiakini reported that Deputy Science, Technology and Innovation Minister Datuk Abu Bakar Mohd Diah today revealed the list of grant recipients by his ministry. The list, which has more than... …

  • Obama to seek fresh start with Malaysia in overdue visit
    Obama to seek fresh start with Malaysia in overdue visit

    Barack Obama will this weekend become the first US president to visit Malaysia for nearly 50 years, seeking to put decades of uneasy relations behind him as both cast wary eyes on a rising China. Obama – who visits Saturday-Monday – is expected to tout the US's friendship with the economically thriving moderate Muslim nation. As one of... …

  • Malaysian jailed 8 weeks for Singapore border dash

    A Malaysian motorist who tried to dodge Singapore's border control has been jailed for eight weeks after a judge rejected his pleas that he was lost and overheating in his car, officials said today. Koh Chin Had, a 42-year-old poultry seller, tailgated another car passing through a raised barrier on April 13, triggering a security lockdown on... …

  • PKR denies holding prayers for 'martyr' Karpal

    PKR has denied that it will hold a 'thanksgiving' ceremony as well as prayers for 'martyred' DAP lawmaker Karpal Singh at PKR de facto leader Anwar Ibrahim's home tomorrow. This followed two widely circulated e-posters promoting the event online, bearing the logo of Anwar's fan club, the Anwar Ibrahim Club (AIC). "Example of Umno lies," Anwar tweeted when asked about the event said to be prayers for " syuhadah (martyr) Karpal". The poster features Anwar raising his hand in prayer behind …

  • KL school not allowed as Karpal memorial venue

    The Education Department has rejected the use of a school in Kuala Lumpur for a memorial service for Karpal Singh as it is perceived as a political event, said its organisers DAP in a press conference today. The memorial service was scheduled to be held tomorrow night at SJK(C) Chung Kwo near Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, said acting DAP chairperson Tan Kok Wai. …

  • Student group not happy over Obama’s Universiti Malaya visit
    Student group not happy over Obama’s Universiti Malaya visit

    Student group Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) is against US President Barack Obama's (pic) scheduled visit to Universiti Malaya on Sunday where he is expected to host a town hall session with young leaders from Southeast Asia. In a statement, the student group said that this was because Obama had disappointed many quarters, including... …

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Teksi, yang tampak biasa sahaja itu,

meluncur laju di lebuh raya tetapi ia tidak menggunakan petrol. Sebaliknya ia

menggunakan gas asli mampat (CNG).

Penggunaan CNG ini adalah lambang kesungguhan Malaysia melangkah ke arah

masa depan yang lebih lestari tatkala negara lain masih keberatan menerima

hakikat perubahan yang berlaku pada alam sekitar.

Malaysia semakin sedar ia perlu pantas mara untuk mencapai kemajuan.

Kesedaran ini adalah antara sebab mengapa Malaysia secara agresif

memperkenalkan bahan bakar alternatif yang mesra alam dan ini sudah dilakukan

sejak 18 tahun lepas.

LANGKAH BIJAK

Malaysia kini berada di tangga 22 di peringkat global daripada segi bilangan

kenderaan gas asli (NGV) yang berada di jalan rayanya.

Kesungguhan menggunakan bahan bakar alternatif ini bukan setakat statistik.

Di Malaysia, teksi yang meluncur laju itu dan yang menggunakan gas asli adalah

satu langkah bijaksana selaras dengan keperluan untuk berubah.

Di sebalik banyak faktor yang menghalang perubahan, apa yang Malaysia

lakukan wajar diberi pujian.

Sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan memberi subsidi besar untuk harga

runcit minyak, di mana bilangan kenderaan yang menggunakan gas asli kerap

dilihat tidak setanding kenderaan yang menggunakan petrol.

Di sebalik bekalan petrol yang disubsidi, kerajaan memastikan CNG dijual

pada harga sepertiga kos petrol. Kerajaan juga berusaha memastikan bekalan CNG

mudah diperoleh.

Perspektif menarik penggunaan CNG yang mesra alam ini dikongsi Profesor Ir

Dr Barkawi Sahari dari Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila beliau

memberitahu Bernama bahawa berdasarkan harga semasa bahan bakar, kos untuk satu

kilometer perjalanan kenderaan yang menggunakan petrol adalah 23 sen.

"Untuk pengguna CNG, kos perjalanan satu kilometer hanya sekitar 11 sen

iaitu 52 peratus lebih murah," kata Barkawi.

PERKEMBANGAN POSITIF

Meskipun kebanyakan kenderaan NGV di negara ini adalah teksi, satu

perkembangan positif muncul sejak akhir-akhir ini apabila semakin banyak

kenderaan persendirian menggunakan gas asli.

Perubahan ke arah menggunakan bahan bakar mesra alam ini selaras dengan

agenda global.

Statistik yang dikeluarkan NGV Global menunjukkan sehingga Disember 2011,

Iran dan Pakistan, masing-masing mempunyai hampir tiga juta kenderaan di jalan

raya yang menggunakan gas asli.

Namun untuk berubah kepada penggunaan bahan bakar mesra alam ini bukan

mudah. Di Malaysia, ia bermula pada 1995. Ketika itu hanya 851 kenderaan yang

menggunakan petrol bertukar kepada gas.

Jumlah itu kini meningkat kepada 48,946 buah dan ini adalah pencapaian

cemerlang selepas Thailand berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Bagaimanapun, jurang teknologi antara bahan bakar tradisi petrol dan NGV

perlu di atasi.

Menurut Barkawi, sepasukan penyelidik daripada beberapa universiti tempatan

telah membangunkan enjin yang hanya menggunakan gas asli dengan pencapaian sama

dengan engin petrol.

"Enjin ini dilancarkan tahun lalu, dan banyak pihak, malahan dari luar

negara telah menunjukkan minat. Wakil dari Iran bersungguh-sungguh mahu menempah

bilangan unit yang banyak untuk kegunaan kenderaan milik kerajaan," kata

Barkawi.

KESAN DOMINO

Kumpulan penyelidik Barkawi masih berunding dengan syarikat pembuat kereta

tempatan dan beliau sendiri berharap dapat melihat kereta buatan tempatan

sepenuhnya meluncur di jalan raya negara ini menggunakan gas asli.

Barkawi amat yakin impian ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

"Ini amat baik untuk industri. Apabila kenderaan yang menggunakan gas asli

100 peratus boleh dibeli, akan berlaku kesan domino.

"Pengeluaran lebih banyak kenderaan ini secara automatiknya akan memerlukan

lebih banyak stesen gas asli. Apabila kemudahan ini sudah ada, lebih ramai yang

mahu menggunakan kenderaan ini dan ini akan membawa kepada lebih banyak

kenderaan ini gas asli dikeluarkan.

"Kelak, Malaysia mungkin akan mempunyai produk yang begitu baik sehingga

menarik minat pasaran luar negara,” jelasnya.

Hakikatnya, pertumbuhan dalam bidang ini di Malaysia adalah lebih

perlahan

berbanding negara-negara lain. Meskipun begitu, semakin ramai pemilik kenderaan

yang beralih memilih enjin gas asli pada masa ini memberi satu gambaran positif

ke arah perlakuan mesra alam.

MESRA ALAM

Semakin ramai kini mementingkan teknologi hijau. Di Kuala Lumpur sahaja,

terdapat 37,000 teksi yang menggunakan enjin gas asli. Ini menunjukkan pemandu

teksi Malaysia berada di barisan hadapan dalam usaha mengurangkan pelepasan

karbon di samping memilih bahan bakar lebih murah.

Namun, masih banyak yang perlu dilakukan dalam usaha berkenaan. Selain

daripada keperluan pengeluar enjin, pemasangan mekanik kit-CNG, sokongan

kerajaan terhadap penggunaan bahan bakar ini serta kecenderungan untuk beralih

ke arah enjin mesra alam, galakan ke arah pengunaan NGV dengan lebih banyak

memerlukan rangkaian stesen mengisi bahan bakar yang meluas.

Sekiranya stesen ini terletak jauh antara satu sama lain, idea untuk NGV ini

mungkin berkubur begitu sahaja.

Daripada segi prasarana, Pakistan berada di depan dengan 3,285 stesen gas

asli.

Barkawi berkata pengalaman Malaysia dengan NGV telah mencetuskan minat

negara seperti Nigeria, Bosnia dan Kazakhstan, yang masing-masing sudah

menerokai bidang NGV.

Jaringan kerja adalah mercu pergerakan mesra alam. Oleh yang demikian,

pengguna NGV di Malaysia mahu berkongsi pengalaman dengan mereka yang turut sama

menggunakan gas asli mengenai kenderaan, pengalaman di jalan raya, keberkesanan

mekanikal, jarak perjalanan, reaksi pengguna dan perkara lain yang berkaitan.

Menjelang Mei tahun lepas, satu usaha dibuat di Google Maps

(http://goo.gl/maps/7Inj) yang membolehkan orang awam mengetahui lokasi stesen

gas asli di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Setakat ini, kemudahan maklumat ini dilawati 22,662 kali dan memperoleh

penarafan lima bintang.

Pada Jun 2012, jurutera Bakhtiar Ahamid menghasilkan ‘NGV Locator,’ aplikasi

telefon pintar menggunakan maklumat daripada kumpulan Google Maps.

"Saya bukan pengguna NGV dan saya melakukannya untuk rakan saya yang banyak

menggunakannya," beliau memberitahu Bernama, sambil menambah kata aplikasi ini

telah dimuat turun oleh 3,198 orang dengan 23 peratus daripadanya adalah

pengguna dari Thailand.

Ternyata, maklumat ini telah tersebar luas.

MALAYSIA BOLEH

Bagi Bakhtiar, Malaysia boleh muncul sebagai pemain utama dalam mempromosi

penggunaan gas asli untuk kenderaan bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga di

seluruh dunia.

Meskipun, kita berada di belakang Thailand dalam perkara ini, tetapi kita

mempunyai kelebihan daripada segi sumber asli itu berbanding Thailand.

"Di rantau ini, penggunaan gas asli semakin mendapat tempat di Myanmar dan

Indonesia. Peluang yang besar ini memberi prospek cerah untuk kita memainkan

peranan penting bukan sahaja daripada segi kenderaan menggunakan gas asli tetapi

juga prasarana yang berkaitan di negara itu," jelasnya.

Untuk rekod, kecuali Malaysia, Myanmar dan Thailand, tidak ada negara Asia

Tenggara yang mempunyai lebih daripada 6,000 NGV pada penghujung 2011.

Di Singapura terdapat 5,577 NGV, diikuti Indonesia dengan 5,520 unit

sementara Vietnam dan Filipina, masing-masing mempunyai kurang daripada 300

kenderaan.

"Melihat data ini, jelas Malaysia berada dalam kedudukan yang strategik dan

mempunyai kepakaran teknologi, pekerja yang berpengetahuan dan yang lebih

penting mempunyai simpanan gas asli," kata Barkawi.

Bagaimana pula di Barat, apabila menyokong isu alam sekitar mencetuskan

perbalahan politik? Bakhtiar berpandangan ada prospek pasaran di situ.

Memandangkan kebanyakan kenderaan di Barat dilengkapi enjin gas asli telah

berada di jalan raya sejak 20 tahun lalu, lambat-laun enjin itu perlu diganti.

Keadaan ini membuka pasaran baru untuk kenderaan mesra alam, CNG, mekanik dan

perdagangan barangan sampingan.

Bagaimanapun, seperti aktivis mesra alam yang pragmatik, Barkawi masih

berpijak di alam nyata dan ini dilihat akan membuahkan kejayaan untuk Malaysia.

"Memandangkan negara kini mempunyai simpanan gas asli yang besar dan ada

kepakaran pengilang kereta tempatan seperti Proton, saya harap kita boleh mula

mengeluarkan enjin yang boleh menggunakan dwi-bahan bakar, kalau pun bukan enjin

gas asli sepenuhnya untuk menawan pasaran itu," katanya.

Dengan bahan bakar mesra alam di samping kerajaan yang menyokong pergerakan

ini, impian yang besar dan pendekatan yang realistik, Malaysia berada di

landasan yang betul.

-- BERNAMA

AIM MMA PR HS

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • MB: Only 29 days of water left in Selangor Malaysiakini

    Although heavy rain led to flash floods in parts of the Klang Valley yesterday, the Selangor government has said that taps will run completely dry in 29 days if rationing is not continued. "For now, we must continue with rationing as the level at the main dam, the Sungai Selangor dam, is below the critical level and can only last 29 days if rationing is not conducted," Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said in a statement.   "We really hope the rakyat understands this situation and supports …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …