MANFAAT 99 SPESIES BUAH TEMPATAN DALAM SEJILID BUKU PIKTORIAL

  • Putrajaya submits early report on flight MH370, but won’t publicise it, says CNN
    Putrajaya submits early report on flight MH370, but won’t publicise it, says CNN

    Putrajaya has sent its preliminary report on the disappearance of flight MH370, but has yet to release it publicly, CNN reported today, despite insisting that it has nothing to hide. “It just adds fuel to the fire – which is like a furnace now – of disbelief, particularly in China, as to what is going on,” Geoffrey Thomas, managing director of... …

  • It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama
    It’s Obama’s right to see Anwar or not, says Dr Mahathir – Bernama

    Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was up to the president of the United States whether to see opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim or not. "It is his (Obama) right, up to him who he wants to see, he does not even want to see me, a former prime minister," Dr Mahathir (pic) told reporters in Putrajaya today. He was... …

  • Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say
    Karpal’s Bukit Gelugor seat will stay DAP’s, analysts say

    GEORGE TOWN, April 24 — Analysts believe that Barisan Nasional (BN) does not stand a fighting chance in Bukit Gelugor, and even said it may not be worth the ruling pact’s time to contest the seat... …

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Othaman Hasin, 58, dan Zawiah Ngah, 43,

menghabiskan sebahagian besar daripada masa kerja mereka dengan pokok dan

tanaman.

Selama lebih 30 tahun, Othaman bekerja sebagai pembantu am tapak semaian

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan semasa menemani ahli botani

dalam dan luar negara menjalankan kerja lapangan beliau telah banyak menimba

ilmu.

Zawiah pula, seorang pembantu penyelidik bahagian hutan ladang FRIM yang

telah banyak membantu pegawai penyelidik sekaligus mengumpul pelbagai pengalaman

dan pengetahuan berharga sejak menceburi bidang pertanian seawal usia 20 tahun.

Apapun, alam semula jadi telah lama menjadi sebahagian daripada sumber

pendapatan, sumber makanan dan kesihatan, malahan hingga kini masih terdapat

beberapa kaedah kesihatan tradisional yang terus diamalkan.

"Kami masih menggunakan bedak pupur pucuk jambu batu dengan beras goreng

yang ditumbuk halus untuk kesihatan kulit, selain minum air rebusan daun jambu

untuk merawat cirit birit dan mengawal sakit perut," kata Zawiah.

Beliau turut bercerita bahawa pada masa dahulu, sumber makanan mereka

termasuk kulit pokok sentul, kulit rambai serta gajus yang boleh dimasak sebagai

lauk, selain tampoi, asam paya, buah salam dan kamunting yang juga enak dimasak.

"Apabila tiba musim pokok asam gelugur berbunga, kami sering mengutip kudup

bunga dan pucuknya yang mempunyai rasa masam-masam kelat tetapi amat enak

dicicah garam," tambah beliau.

HASIL MINAT BERSAMA

Bagaimanapun, cinta pasangan suami isteri ini terhadap pokok dan tanaman

menghasilkan sebuah buku ilmu yang padat dengan gambar dan maklumat menarik

bertajuk ''99 Spesies Buah di FRIM''.

Berkongsi minat yang sama nyata memudahkan mereka mengumpul gambar dan

maklumat mengenai pelbagai spesies pokok buah-buahan ketika berada di lapangan.

Sementara kebanyakan rakyat Malaysia mengenali buah-buahan popular seperti

durian, rambutan, ciku dan yang lain, buku piktorial ini juga menampilkan

buah-buahan yang jarang orang ramai dengar.

Lebih menarik, buku ini menghuraikan khasiat bahagian tertentu pada pokok

buah yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan, perubatan tradisional dan

kecantikan yang telah diwarisi oleh pelbagai kaum termasuk kaum Orang Asli.

Buku itu turut dilengkapi dengan keterangan pengenalan, taburan, sejarah

nama tempat, kegunaan, pembiakan dan penanaman pokok selain huraian morfologi

pokok, daun, bunga dan buah.

Selain menyenaraikan 99 spesies buah mengikut nama famili bagi memudahkan

rujukan pantas, buku itu juga dilengkapkan dengan glosari dan indeks.

KOLEKSI BERMANFAAT

Menyentuh tentang buku piktorial ini, Othaman menjelaskan, FRIM sebenarnya

mempunyai lebih daripada 100 spesies tumbuh-tumbuhan berbuah dengan pelbagai

fungsi dan khasiat.

Bagaimanapun, mereka memilih hanya 99 spesies untuk dibincangkan sempena 99

nama Allah selain buah-buahan adalah kurniaan Allah untuk umat manusia.

Selain merupakan hasil tangan pertama pasangan itu, ia juga menandakan

kali pertama FRIM menerbitkan buku mengenai kepelbagaian spesies buah yang

terdapat di pusat penyelidikannya.

"Idea menerbitkan buku itu sebenarnya berasal dari Ketua Pengarah FRIM,

Datuk Dr Abd Latif Mohmod yang tidak pernah jemu berkali-kali memujuk kami

melakukannya," kata Othaman.

Nyata, penghasilan buku itu mempunyai nilai tersendiri kepada Ketua Pengarah

itu yang enggan membiarkan koleksi gambar dan catatan yang dikumpulkan selama

bertahun-tahun itu sekadar terperuk dalam fail dan lesap begitu sahaja.

Apapun, koleksi tumbuhan hidup itu adalah satu aset tidak ternilai yang

wajar ditempatkan dalam koleksi peribadi mahupun perpustakaan, memandangkan

generasi kini makin kehilangan ilmu pengecaman pokok apatah lagi untuk

menghayati alam sebagai khazanah dan warisan semulajadi.

Dr Abd Latif turut penyunting buku itu bersama beberapa algi ahli botani.

Kebanyakan gambar dalam buku itu dirakam di sekitar pusat penyelidikan FRIM,

termasuk di Arboretum Buah-buahan Taman Botani Kepong (Kepong Botanical Garden)

selain di stesen penyelidikan mereka yang terletak di seluruh negara.

Mereka mengambil gambar pokok, daun, bunga dan buah bagi memudahkan pembaca

terutama kanak-kanak mengenalpasti dan membuat rujukan dengan lebih pantas.

Bagi spesies pokok buah yang bermusim, penerangan musim berbunga dan berbuah

turut disertakan. Bagaimanapun, kata Othaman, ada juga buah yang sukar untuk

dirakamkan gambarnya seperti asam payang dan sepam memandangkan mereka bermusim

panjang dari tiga hingga lima tahun.

PELBAGAI PENEMUAN MENARIK

Menariknya, pembaca akan sedar betapa banyaknya buah-buahan tempatan seperti

cerapu, rawa, redan, jentik-jentik yang mungkin tidak pernah didengari nama

ataupun dilihat sebelum ini.

Barangkali pembaca juga baru mengetahui pelbagai kegunaan lain buah

tertentu, sebagai contoh, buah belinjau yang biasanya dibuat kerepek sebenarnya

juga enak direbus untuk dimakan seperti kacang rebus.

Tahukah anda buah belinjau muda berfungsi sebagai pengempuk daging jika

ditambahkan dalam masakan daging manakala pucuk belinjau mempunyai rasa manis

dan sedap dibuat sayur masak lemak?

SPESIES LUAR FRIM

Selain mencatatkan kepelbagaian buah-buahan yang terdapat di sekitar FRIM,

pasangan itu turut memantau pokok buah di sekitar Stesen Penyelidikan FRIM (SPF)

yang terdapat di Terengganu, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Perlis.

Di SPF Setiu misalnya, keadaan tanah berpasir membolehkan pokok seperti

gajus, belinjau, pauh, mangga dan ceri Terengganu hidup dengan subur.

Pokok seperti durian beludu, manggis dan rambutan tumbuh dengan baik di SPF

Jengka, sementara pokok berangan paling berjaya hidup di SPF Pasoh.

Selain itu, pokok buah seperti sukun, pauh, mengkudu dan nangka banyak

terdapat di SPF Bidor, manakala pokok buah-buahan masam seperti mangga,

kedondong dan limau kasturi amat subur di SPF Mata Ayer Perlis.

Apabila ke lokasi luar, mereka turut membawa pulang anak benih untuk ditanam

di FRIM bagi mengekang kepupusan spesis itu.

Othaman dan isterinya berharap agar buku itu dapat dimanfaat sebagai

satu rujukan warisan semulajadi yang kekal subur untuk generasi akan datang.

"Jika diizinkan, kami berharap agar ia dapat diterjemahkan ke Bahasa

Inggeris supaya lebih ramai pembaca dari dalam dan luar negara dapat manfaat,

kami juga sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah lagi buku iaitu jilid kedua

dengan topik yang serupa," jelasnya.

Anak pasangan ini Nur Azirah, 13, bangga dengan nukilan ibu bapanya, bukti

minat mendalam ibu bapanya terhadap tanaman dan pokok.

Buku yang berharga RM120 senaskah itu buat masa ini hanya dijual di Kedai

Buku FRIM Kepong dan boleh ditempah menerusi laman web rasmi FRIM atau melalui

emel ke alamat FRIM_Publications@frim.gov.my atau di talian 03-62797490 dan

03-62797491.

-– BERNAMA

SAG PR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …