MB PERAK DAN EMPAT MENTERI KEKAL BERTANDING KERUSI YANG DISANDANG

  • Express bus drivers say crashes not entirely their fault
    Express bus drivers say crashes not entirely their fault

    KUALA LUMPUR, April 24 — Swift enforcement and a proper monitoring system must be put in place as bus drivers and passengers shared their views over the Transport Ministry’s latest guidelines on... …

  • MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama
    MH192’s number three main wheel burst during take off, says Hishammuddin – Bernama

    Preliminary investigation findings on the Malaysia Airlines (MAS) flight MH192 incident has revealed that the number three main wheel of the aircraft had burst during take off. Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pic) said the aircraft was currently grounded at the MAS Engineering facility in Kuala Lumpur International... …

  • Bible banned from Pahang hotel rooms – Bernama

    The Pahang Islamic and Malay Customs Council (MAIP) has prohibited hotel proprietors in the state from placing religious reading materials of other religions other than Islam in their rooms. According to MAIP deputy president, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, a letter of prohibition on the matter had been sent to 147 hotels across the... …

  • Pre-lim report to ICAO not public, yet

    Malaysia has yet to decide on whether the preliminary report on the MH370 incident submitted to the International Civil Aviation Organisation (ICAO) will be made public.   "We have issued the preliminary report. We've sent it to ICAO but we have not made a decision to release to media or the public," Department of Civil Aviation Chief Azharuddin Abdul Rahman said during a press conference in Kuala Lumpur.   Asked again on why it will not be released to public, although it is common practice, …

  • Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama
    Take second job to tackle household debt, urges AKPK – Bernama

    The Credit Counseling and Debt Management Agency (AKPK) has urged Malaysians to take a second job to help them tackle the high rate of household debt. Chief executive officer Koid Swee Lian (pic) said those in the teaching line, for example, could give extra classes to earn more money. "Teachers could earn more money by giving tuition to... …

  • International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says
    International team probing MH370 to be finalised next week, Hishammuddin says

    KUALA LUMPUR, April 23 — Malaysia expects to finalise by next week the list of members on the independent team of experts commissioned by Putrajaya to carry out an extensive probe on the... …

IPOH, 16 April (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

dan empat menteri di Perak kekal dalam senarai calon BN negeri untuk mempertahan

kerusi yang disandang pada pilihan raya umum 5 Mei ini, di samping 11 calon

generasi muda yang turut dinamakan dalam senarai penuh yang diumumkan hari ini.

BN Perak menampilkan 35 orang atau 60 peratus calon muka baharu bagi kerusi

dewan undangan negeri (DUN) dan lima atau 21 peratus muka baharu untuk kerusi

parlimen.

"Dalam proses peremajaan parti, 11 calon daripada generasi muda dipilih

untuk mewakili suara golongan itu dalam Dewan Negeri. BN Perak turut

menampilkan lapan calon wanita yang akan bertanding di DUN dan dua calon di

parlimen," kata Zambry yang juga pengerusi BN Perak, pada majlis pengumuman

calon-calon negeri, di Bangunan Umno di sini hari ini.

Calon termuda BN negeri ialah anggota Jawatankuasa Pemuda MCA Kampar Daniel

Wa Wai How, 25, yang bertanding di kawasan DUN Keranji dan yang lain termasuk

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua''amar Ghadafi Jamal Jamaludin, (Parlimen

Parit Buntar), Ketua Puteri Umno Perak Salbiah Mohamed (DUN Temengor) dan

pegawai khas Menteri Pengangkutan Ting Tai Fook (DUN Sitiawan).

Zambry akan mempertahan kerusi DUN Pangkor manakala menteri di Perak yang

mempertahan kerusi masing-masing ialah Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad

Husni Hanadzlah (Parlimen Tambun), Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi (Bagan Datoh), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut) dan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz (Padang

Rengas).

-- LAGI

CALON-PERAK (BN) 2 IPOH

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin kekal

mempertahan kerusi Parlimen Larut manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berpindah ke Parlimen

Taiping dari Gerik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany pula

berpindah kerusi dari Parlimen Cameron Highlands ke Parlimen Sungai Siput,

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong kekal di kerusi Kampar

dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk

M.Saravanan di kawasan Parlimen Tapah.

Selain itu, Zambry berkata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk

M.Kayveas diminta oleh pucuk pimpinan pada saat akhir untuk bertanding di DUN

Pasir Bedamar berikutan calon yang disenarai pendek tidak menepati kriteria yang

ditetapkan parti.

Zambry berkata Kayveas yang sebelum ini bertanding bagi kerusi Parlimen

Taiping membuat pengorbanan memenuhi permintaan pucuk pimpinan untuk bertanding

kerusi DUN bagi membantu kemenangan BN di Perak.

Beliau berkata senarai calon yang dikemukakan BN mempamerkan gandingan

pelbagai latar belakang yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang

perubatan dan perundangan, ahli akademik dan agama serta golongan pendidik dan

pentadbir.

-- LAGI

CALON-PERAK (BN) 3 (AKHIR) IPOH

Selain Salbiah, antara calon wanita yang membawa cabaran BN di peringkat DUN

ialah Exco kanan negeri Datuk Hamidah Osman (Sungai Rapat), Ketua Pergerakan

Wanita Umno negeri Datuk Rusnah Kassim (Behrang), Ketua Wanita Umno Bahagian

Padang Rengas Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubuk Merbau), Exco Puteri Umno Nolee

Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), Ketua Wanita Gerakan Ipoh Timor Ceylyn

Tay Wei Lung (Canning) dan anggota Jawatankuasa MCA di Pantai Remis Koh Ser Yun

(Pantai Remis).

Pengumuman itu turut menyaksikan kesemua anggota Exco kerajaan negeri

sebelum DUN dibubar, kekal bertanding kecuali Datuk Ramly Zahari. Penyandang

kerusi DUN yang digugurkan termasuka Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

(Kubu Gajah), Datuk Ahamed Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar

(Pengkalan Baharu), Datuk Nadzri Ismail (Manjoi) dan Dr Wan Norashikin Wan

Noordin (Kampong Gajah).

Zambry berkata parti amat memahami ada nama yang dikehendaki tidak

senaraikan sebagai calon BN namun mereka juga perlu ingat bahawa tidak semua

yang dihajati dapat dipenuhi.

"Kita selesaikan semua dengan semangat musyawarah dalam BN, kita tidak

umumkan nama-nama calon menggunakan pentas-pentas ceramah dan kita berjaya

selesaikannya dengan baik sekali," katanya.

Dengan penampilan gabungan pelbagai latar belakang dan calon muka baharu

terutama daripada golongan belia serta wanita, beliau berkata BN Perak bertekad

melaksanakan aku janji serta tidak akan mengulangi peristiwa pahit pada tahun

(PRU) 2008.

-- BERNAMA

NBA MI ZAZ MUN RON

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • The Poop on Pooping: 5 Misconceptions Explained LiveScience.com

    Here is the truth behind five common misconceptions about defecating. Misconception No. 1: Daily pooping is normal, and optimal. …

  • Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears The Malaysian Insider
    Dr Ling’s son chose wine over woman, court hears

    The son of former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik today reached an out of court settlement with his ex-girlfriend in a breach of contract suit over seven properties registered under their joint names. Ling Hee Leong and businesswoman Teh Chee Yen agreed to settle out of court after he took the stand briefly and testified that he had chosen... …