Advertisement

Memperkenalkan Asha

Terdapat segmen pengguna yang inginkan telefon yang cukup untuk kegunaan seharian sahaja. Nokia telah menamakan produk ini sebagai Asha. Symbian S40 digunakan sebagai sistem operasinya yang menawarkan fungsi seperti laman sosial dan juga aplikasi yang boleh dimuat-turun. Model terbaru yang diperkenalkan kini adalah Asha 305. 306 dan 311.

Dilengkapi dengan skrin sesentuh tiga inci, prosesor 1GHz, dan juga sambungan HSPA dan WiFi, model 311 cukup berkuasa untuk kegunaan seharian pengguna biasa. Antara-muka telefon ini akan memaparken menu yang senang diakses untuk menunjukkan panggilan dan mesej yang lepas.

Asha 311 juga dilengkapi dengan Nokia Browser 2.0. Pelayar web ini boleh memampatkan data mengggunakan server Nokia, yang mengurangkan penggunaan data sehingga 85%. Perisian sosialnya juga mempunyai kebolehan yang sama tetapi hanya boleh memampatkan data sebanyak 70%.

Ketiga-tiga telefon baru ini akan datang dengan 40 permainan video EA yang bernilai RM300 untuk setiap pembelian. Walaubagaimanapun pembeli bari perlu mengumpul kesemua permainan video ini 60 hari daripada perisian permainan pertama dimuat-turun ke dalam telefon mereka

Nokia Asha 311 boleh didapati dengan harga RM419 manakala Asha 305 dan 306 akan diumumkan harganya kelak.