Mualaf perlu pulangkan anak terlebih dahulu untuk batalkan pertukaran agama, kata peguam

Putrajaya has failed Malaysian mothers, says Indira Gandhi

Seorang Mualaf perlu memulangkan anak bongsunya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu terlebih dahulu jika mahu kes rayuan untuk mengekalkan agama Islam yang dianuti anaknya di dengar di mahkamah minggu ini.

Peguam M. Indira Gandhi, M. Kula Segaran berkata Muhammad Riduan Abdullah telah melanggar arahan Mahkamah Tinggi pada November 2011 selepas hak jagaan ketiga-tiga anak pasangan tersebut diberikan kepada guru asuhan.

Muhammad Riduan telah mengambil Prasana Diksa sejak April 2009 semasa dipisahkan dengan ibunya, Indira selepas memeluk agama Islam. Kanak-kanak tersebut berusia 11 bulan ketika itu.

Dua lagi anaknya, Tevi Darsiny, 16, dan Karan Dinish, 15, pula masih bersama ibunya. Lokasi Muhammad Riduan menetap dan bawa anaknya tinggal bersama masih samar-samar walaupun beliau ada berhubung dengan peguamnya.

Jumaat ini, Muhammad Riduan dan pihak berkuasa agama negeri Perak akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menggantung sementara keputusan Mahkamah Tinggi yang pada bulan Ogos, dimana sijil penukaran agama anak-anak oleh pihak berkuasa tersebut dibatalkan.

Langkah itu bermakna Muhammad Riduan, pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan Pendaftar Mualaf mahu kanak-kanak tersebut kekal menganut agama Islam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan membuat keputusan terhadap rayuan bagi membatalkan keputusan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan.

"Kami sangat kagum Muhammad Riduan di mahkamah kerana tidak hadir secara telus untuk mencari keadilan," kata Kula Segaran, salah seorang peguam yang mewakili Indira.

Kula Segaran mendakwa Muhammad Riduan tidak menghormati perintah mahkamah tetapi kemudiaannya mahu badan kehakiman memberi beliau keadilan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada Indira kerana mahkamah tertinggi memutuskan mana-mana individu yang menghina mahkamah tidak akan dilayan sehinggalah penjelasan diberikan.

Prosiding penangguhan akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng.

Peguam K. Shanmuga, yang juga mewakili Indira Gandhi, berkata penangguhan tidak dapat diberikan kerana guru tadika tersebut telah mendapat pengisytiharan pelepasan.

"Keputusan tersebut membatalkan penukaran tiga anaknya kepada Islam selepas lama bertarung dan sekarang, mereka kekal Hindu," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Lee pada Julai lalu telah mengenepikan penukaran agama Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa ke Islam kerana dilakukan tanpa pengetahuan ibu mereka, Indira.

Beliau berkata penukaran agama tersebut tidak berperlembagaan kerana ia dilakukan dalam ketiadaan ibu dan kanak-kanak tersebut.

Lee berkata penukaran tersebut menyalahi undang-undang kerana undang-undang Syariah Perak menyatakan kanak-kanak tersebut perlu hadir untuk mengucapkan ikrar iman.

Beliau juga telah memutuskan bahawa penukaran adalah bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Indira Gandhi berkahwin dengan Muhammad Riduan, yang sebelumnya dikenali sebagai K. Patmanathan, 20 tahun yang lalu, mengikut upacara agama Hindu. Pada 11 Mac, 2009, beliau memeluk agama Islam.

Pada bulan berikutnya, beliau membawa anaknya memeluk agama Islam tanpa pengetahuan isterinya.

Pada bulan yang sama, Mahkamah Syariah memberi hak penjagaan anak kepada Muhammad Riduan.

Pasangan tersebut berpisah dan Muhammad Riduan mengambil Prasana Diksa tinggal bersamanya.

Indira kemudiaan membuat laporan polis dengan harapan pihak berkuasa akan membantu mencari anaknya tetapi usahanya tersebut gagal. - 14 Oktober 2013