MUAR, PASIR GUDANG DAN BANDARAYA MELAKA CATAT IPU TIDAK SIHAT - JAS

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tiga kawasan -- Muar, Pasir Gudang dan

Bandaraya Melaka -- mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.

Bacaan IPU sehingga pukul 11 pagi menunjukkan Muar mencatat IPU paling

tinggi iaitu 127 diikuti Pasir Gudang, yang mencatat bacaan 103, dan Bandaraya

Melaka dengan bacaan 101.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), peningkatan bacaan IPU di

beberapa kawasan di selatan Semenanjung dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi

sempadan.

Kenyataan itu menyebut maklumat satelit NOAA-18 yang dikeluarkan Pusat

Meteorologi Khusus Asean semalam menunjukkan terdapat 46 titik panas di

Sumatera, Indonesia dan dua titik panas di Malaysia, iaitu di Sabah.

JAS melaporkan negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula bulan

ini dan dijangka berterusan sehingga September.

"Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera

Tengah, Indonesia telah membawa pencemaran asap jerebu ke kawasan selatan pantai

barat Semenanjung," katanya.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 12 stesen berada pada tahap baik manakala 36

lagi mencatat kualiti udara tahap sederhana.

JAS juga melaporkan kebakaran tanah gambut seluas 20.235 hektar di hutan

simpan Kuala Langat utara dan selatan adalah terkawal dan tidak menyebabkan

pencemaran udara di sekitar Lembah Kelang.

Sementara itu, kebakaran seluas 20 hektar di Kampung Seri Timur, Kluang,

Johor pada 13 Jun telah dipadam sepenuhnya.

JAS kini mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di seluruh

negara, sehubungan itu, orang ramai dinasihat tidak berbuat demikian dan diminta

bekerjasama memadam kebakaran kecil.

Orang ramai juga boleh memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti

pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di

talian 1-800-88-2727.

-- BERNAMA

AFAU LES SBB

Haze covers Petronas Twin Towers (L) and KL Tower (R) in Kuala Lumpur, on June 16, 2013. Singapore urged Indonesia to take "urgent measures" as severe air pollution from a rash of forest fires on ... more 
Haze covers Petronas Twin Towers (L) and KL Tower (R) in Kuala Lumpur, on June 16, 2013. Singapore urged Indonesia to take "urgent measures" as severe air pollution from a rash of forest fires on Sumatra island choked the densely populated city-state less 
1 / 10
AFP News | Photo By Mohd Rasfan
Mon, Jun 17, 2013 9:51 PM MYT
Loading...