Naga Mana Untuk Anda?

Bagi mereka yang suka gaming di komputer mereka, tetikus adalah peranti yang paling penting untuk dipakai seharian. Mana tak penting, kalau setiap game di luar sana perlu menggunakan tetikus. Jadi, kita perlu memilih produk yang terbaik untuk kegunaak kita bukan?

Untuk game yang memerlukan akses ke informasi yang banyak, kadang kala tetikus yang hanya mempunyai tiga butang dara seperti tak cukup. Jadi banyak syarikat yang telah menghasilkan tetikus dengan butang yang banyak.

Razer juga salah satu daripada syarikat ini. Bukan satu, bukan dua tetapi tiga model tetikus berlainan telah direka khusus untuk mereka yang perlu mengakses banyak informasi dengan satu tangan sahaja.

Siri ini dipanggil Naga di dalam senarai produk Razer. Naga mempunyai rekabentuk semacam tetikus Razer yang lain, tetapi dengan beberapa perbezaan yang lain.

Mari kita lihat perbezaan dan untuk siapa setiap model Naga dari Razer ini:

Razer Naga Expert Hex

Razer Naga Hex mempunyai enam butang mekanikal untuk ibu jari, khusus untuk kegunaan di dalam game Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) seperti Warcraft 3, DotA, League of Legends dan sebagainya. Setiap gamer boleh mengakses enam aksi yang boleh dicapai dnegan ibu jari sahaja untuk mendapat kelebihan semasa menentang mush di dalam talian, di dalam game kesukaan mereka.

Bagi mereka yang suka main game genre ini, mereka akan meng-klik tetikus mereka untuk menumpaskan lawan mereka disetiap pusingan. Oleh itu tetikus yang boleh tahan lama amat diperlukan. Naga Hex menggunakan suis yang tahan lama – sehingga 10 juta klik. Ianya juga akan merekod sehinga 250 klik seminit – jadi ianya mengancam!

Untuk Siapa tetikus ini?

Razer Naga Hex sesuai untuk mereka yang selalu main game seperti Dota 2 dan/atau League of Legends

Spesifikasi Razer Naga Hex

6 butang khusus untuk MOBA/action-RPG
Jangkahayat butang – 10 juta klik
Suis khusus untuk 250 klik sesaat
Sensor Razer Precision 3.5G 5600dpi
Ultrapolling™ 1000Hz / Masa Reaksi 1ms
Saiz: 116 x 70 x 46mm
Berat: 134 gram

Razer Naga Expert MMO 2012

Suka main game Massively Multiplayer Online (MMO)? Gunakan banyak jampi-jampi untuk membasmi lawan dan raksasa di dalam game anda? Naga Expert MMO 2012 edition sesuai untuk anda. Capaikan jampi, kemahiran dan makro untuk game anda dengan ibu jari anda, dari 17 butang berbeza – termasuklah 12 butang di kawasan ibu jadi tetikus ini.

Bagi keselesaan gamer, Razer telah mereka-bentuk tetikus ini dengan bahagian tepi yang boleh ditukar mengikut saiz tangan dan cara pegangan yang berbeza – memastikan tetikus ini mempunyai ergonomik paling maksimum untuk masa gaming yang panjang.

Untuk Siapa tetikus ini?

Razer Naga Expert MMO 2012 sesuai untuk mereka yang selalu main game MMO seperti World of Warcraft ataupun Guild Wars 2

Spesifikasi Razer Naga Expert MMO 2012

Sensor Razer Precision 3.5G 5600dpi
Ultrapolling™ 1000Hz / Masa Reaksi 1ms
Kelajuan jejakan sensor 200 inci sesaat
Pad tetikus Ultraslick™ senyap
17 butang khusus MMO
Profil karakter tanpa had dengan AddOns
Perisian khusus untuk MMO

Saiz: 116 x 70 x 46mm
Berat: 134 gram

Razer Naga Epic

Bagi mereka yang gilakan MMO, tetapi tidak sukakan wayar di atas meja, Razer kini telah menggabungkan teknologi tanpa wayar dengan tetikus Naga MMO mereka, untuk menghasilkan Naga Epic. Dengan 17 butang yang boleh ditetapkan untuk mengakses kebolehan karakter di dalam game, ataupun di desktop. Selain itu, Naga Epic juga boleh dimuat-turunkan dengan tambahan dalam-game untuk MMO popular seperti World of Warcraft™, Warhammer Online: Age of Reckoning™, City of Heroes™ dan banyak lagi.

Rasai pengalaman gaming tanpa wayar terunggul yang membolehkan anda melakukan apa jua aksi di dalam game, tanpa dikekang oleh kawalan tetikus atau ketepatan kursor tetikus yang lemah. Naga Epic dengan fungsi dwi-mod wayar/wayarless membolehkan anda bertukar mod dengan senang. Tetikus anda juga dicas semasa berada di dalam mod wayarles!

Untuk keselesaan para gamer, Razer juga memberi tiga bahagian tepi tetikus yang berbesa, setiap satu direka untuk cara pegangan tetikus yang berbeza.

Untuk Siapa tetikus ini?

Razer Naga Epic sesuai untuk mereka yang selalu main game MMO seperti World of Warcraft ataupun Guild Wars 2 tanpa kekangan wayar.

Spesifikasi Razer Naga Epic

Fungsi Wayar/Wayarles Dwi-mod
3 panel tepi boleh-ubah
Dok Pengcas (berfungsi sebagai penerima isyarat wayarles)
Profil karakter tanpa had dengan AddOns
Perisian khusus untuk MMO
16 juta warna lampu LED
Sensor Razer Precision 3.5G 5600dpi
Ultrapolling™ 1000Hz / Masa Reaksi 1ms

Saiz: 116 x 78 x 42mm
Berat: 134 gram
Jangkahayat Bateri: 72 jam (penggunaan gaming biasa)