NEGARA ASEAN PERLU BEKERJASAMA TANGANI MASALAH JEREBU - PEJABAT PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Negara anggota Asean perlu saling membantu

dalam semangat kerjasama untuk menangani masalah jerebu dan isu kualiti udara

ketika ini, kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan di

sini hari ini.

Ia menyatakan adalah penting bagi perkumpulan serantau itu untuk saling

bekerjasama dalam menangani isu itu.

Menurutnya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Seri

G. Palanivel akan ke Indonesia dan mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai

kerajaan Indonesia pada Rabu untuk membincangkan cara-cara menyelesaikan masalah

jerebu.

Sementara "syarikat-syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia

perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan, dan memastikan mereka

tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar," menurutnya.

Ia juga menggesa semua orang mematuhi nasihat kesihatan dikeluarkan pihak

berkuasa berikutan keadaan berjerebu di negara.

Jerebu yang menyelubungi beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia

mencatatkan penurunan petang ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di

Muar, Kota Tinggi dan Pasir Gudang di Johor telah beralih kepada bawah 300 iaitu

amat tidak sihat berbanding paras bahaya pada tengah hari.

Sementara itu sebanyak 589 buah sekolah di Johor iaitu di bandar Muar, Batu

Pahat, Pasir Gudang dan Pontian, ditutup hari ini. Sekolah-sekolah di Muar dan

Batu Pahat ditutup sejak semalam.

-- BERNAMA

HK HK RHM

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Chief: Suspects wore GPS devices during killings Associated Press
    Chief: Suspects wore GPS devices during killings

    ANAHEIM, Calif. (AP) — Two parolees raped and killed at least four women while wearing GPS trackers, and there may be more victims, a California police chief alleged Monday. …

  • PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis The Malaysian Insider
    PM’s wife raps critics of Putrajaya’s handling of MH370 crisis

    The Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor has spoken out against critics of Putrajaya's handling of the Malaysia Airlines flight MH370 crisis, describing them as cowards for not providing solutions. "Don't throw stones and then hide your hands behind your back (make wild allegations). That's cowardice, don't just talk and not provide... …

  • ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit The Malay Mail Online
    ‘All the best’, Selangor MB tells Bible society at exit

    SHAH ALAM, April 15 — Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today he wished the Bible Society of Malaysia (BSM) well on its decision to move its headquarters out to Kuala Lumpur to... …