Negara-Ku tidak sah, kecuali didaftarkan, kata KDN

Ismail Sabri bad for nation-building, must resign, says civil society group

‎Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan kumpulan yang baru ditubuhkan Negara-Ku adalah haram sekaligus memberi amaran ia melanggar undang-undang sekiranya kumpulan terbabit tetap menjalankan aktiviti tanpa berdaftar.

Kementerian berkata hari ini Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menerima sebarang permohonan daripada kumpulan terbabit untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Bagi perkara begitu, Negara-Ku merupakan sebuah organisasi tidak sah," kata KDN dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Negara-Ku dilancarkan baru-baru ini lalu diketuai aktivis Zaid Kamaruddin sebagai usaha memulihkan Malaysia‎ dan memberi harapan susulan daripada beberapa insiden mengugat keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan Datuk A. Samad Said dilantik sebagai penaung manakala Zaid merupakan naib presiden pertubuhan Islam, Ikram.

Terdapat 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Negara-Ku yang mensasarkan ‎menggerakkan kembali dan memperkasakan pengetahuan rakyat mengenai asas Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara.

KDN juga berkata selain perlu menjadi badan berdaftar nama yang digunakan badan itu juga kurang sesuai dan ia menjadi milik Malaysia tambahan pula boleh menyebabkan kekeliruan kepada rakyat di negara ini.

"Ini kerana Negara-ku merujuk kepada Negaraku yang dikenali sebagai lagu kebangsaan di bawah Perkara 2 Akta lagu Kebangsaan 1968," katanya.

Ambiga bagaimanapun membidas kembali alasan KDN itu dengan berkata pemimpin gerakan Negara-ku sudah membuat kajian dan mendapati tiada masalah dengan nama tersebut.

"Kita tidak percaya ia boleh menyebabkan kekeliruan atau melanggar sebarang undang-undang. Kami tidak menggunakan nama lagu kebangsaan," katanya.

Keputusan KDN diumumkan selepas Utusan Malaysia menyelar penubuhan gerakan itu dengan mendakwa ia terdapat motif meneruskan cita-cita politik Ambiga.

Pengarang kolektif Utusan Malaysia Awang Selamat menuntut RoS menolak permohanan Negara-ku melainkan ia ditukar menjadi Agendaku.

Pada masa sama Ambiga berkata beliau amat kecewa dengan pengumuman KDN dan mempersoalkan mengapa suara ekstremis minoriti harus didengari.

"Amat mengecewakan apabila setiap kali kumpulan ekstremis menyuarakan pendapat KDN terus membuat kesimpulan berdasarkan apa yang mereka kata dan rasakan. Tambahan lagi mereka sepatutnya melihat kami secara objektif.

"Bagaimana ia boleh dilihat sebagai masalah kerana kami hanya meneruskan agenda perpaduan. Mereka patut melihat ia sebagai sokongan apabila gerakan ini hasil penerimaan daripada rakyat.

"Adakah mereka menjadi terlalu objektif dan membenarkan kumpulan berkenaan untuk menjalankan dan mengarahkan KDN," katanya. – 26 Julai, 2014.