Nokia mengesahkan yang 808 PureView adalah telefon pintar Symbian terakhir

Sepantas ia datang, sepantas itulah ia pergi. Ia bermula dengan khabar angin apabila ramai bertanya adakah Nokia PureView 808 adalah telefon terakhir menggunakan Symbian. Selepas itu, syarikat Finland ini mengesahkan khabar dengan mengeluarkan Keputusan Kewangan Q4. Dengan peranti Lumia makin popular, Nokia memutuskan yang ia tidak lagi perlu mengeluarkan peranti Symbian

Laporan itu mengatakan “Semasa transisi kami ke Windows Phone sepanjang 2012, kami terus menjual peranti berasaskan Symbian. Nokia 808 PureView, peranti yang mempamerkan kebolehan pemprosesan imej kami apabila ia muncul di pasaran pertengahan 2012 adalah peranti Symbian terakhir dari Nokia.”

Berita baiknya, Nokia tidak meninggalkan kesemua pengguna Symbian mereka kerana masih terdapat sokongan bagi platform yang sudah dihentikan ini. Mobile Magazine menunjukkan yang Nokia mempunyai kerjasama dengan Accenture, syarikat teknologi dan sumber luar, untuk melakukan pembaikian perisian dan sokongan bagi Symbian sehingga 2016.

Pada Oktober 2011, 2,800 pekerja Nokia ditukarkan ke Accenture. Mungkin tiada lagi produk Symbian tetapi peranti Symbian yang lama dan juga baru masih lagi mendapat apdet dan sokongan aplikasi. Ini juga tidak bermaksud pengakhiran fungsi PureView kerana ia masih lagi akan digunakan ke dalam siri terbaru Lumia. Walaupun begitu ia bukan sampai di tahap kamera 41MP yang ditawarkan oleh Nokia 808 PureView. Tapi Nokia masih lagi mengusahakan projek dengan kod nama EOS, yang walaupun mempunyai nama yang sama dengan produk Canon tapi tiada berita kukuh lagi mengenai apa sebenarnya projek ini.

Menurut The Verge, pengguna mungkin akan melihat kamera PureView versi penuh di masa hadapan tapi untuk masa sekarang, Windows Phone dari Nokia akan mempunyai platform kamera PureView. Ini bermakna Windows Phone 8 akan dipasang dengan kamera 41MP. Amat menarik.

Akhir kata, ini adalah pengakhiran satu era bagi sistem operasi mobil yang hebat. Walaupun begitu masa tetapi berjalan. Dengan Nokia tiada lagi rahsia untuk ditawarkan, mari kita lihat sejauh mana ia boleh pergi dengan Windows Phone 8. Tak kira apapun, ramai yang menunggu. Kepada sesiapa yang berminat dengan Laporan Kewangan Q4, Nokia, boleh lawati pautan http://www.results.nokia.com/results/Nokia_results2012Q4e.pdf.