Advertisement

Nostalgia Guna Filem – Mengenang Masa Lampau Lebih Senang dengan Pendigitalan

Oleh John Ishii

Beberapa hari lepas ketika sedang melihat-lihat di dalam cakera keras, saya menjumpai beberapa gambar yang saya ambil beberapa ketika dulu. Jadi saya rasa ada bagusnya saya berkongsi gambar-gambar ini dengan para pembaca kerana kadang-kadang melihat gambar yang lama agak menyeronokkan disebabkan nostalgia yang menggamit ketika membeleknya satu persatu.

Saya memang syorkan untuk sekali sekala lihat kembali ke dalam cakera keras anda dan cari gambar-gambar lama yang pembaca telah diambil. Dulu saya amat bertuah kerana walaupun saya menggunakan kamera filem, namun saya dapat membeli pengimbas gambar Nikon dan telah mengimbas beberapa gambar dan juga negatif yang kini saya boleh kongsikan kembali.

Wow, memang saya amat teruja dengan beberapa gambar yang saya telah ambil dengan kamera Leica M6 dan Kodak Tri-X 400 ISO dahulu.

Saya juga ada beberapa gambar ketika berada di hujung Utara Pakistan berdekatan dengan sempadan Cina. Memang ia satu pengalaman yang unik dan banyak mengimbau kenangan manis.

Ada juga beberapa gambar digital yang saya ambil dengan kamera digital SLR pertama saya, Nikon D1x dan juga kamera DSLR 2 Megapiksel Kodak 2000 yang dimiliki oleh agensi AFP yang saya pernah berkerja bersama. Gambar perenang ini diambil dengan D1H yang bersaiz 2 megapiksel, dan oleh kerana kepantasannya pada ketika itu, ia memang mengambil gambar yang amat bagus.