Advertisement

NVIDIA Memperkenalkan Kad Grafik Baru untuk Desktop dan Komputer Riba

Bagi mereka yang mencari-cari kad grafik baru untuk komputer mereka, NVIDIA kini telah melancarkan produk terbaru untuk segmen pertengahan – GTX 770. Produk ini, selepas GTX Titan dan GTX 780, akan dijual dengan harga serendah USD399 (RM1,224).

Kad ini direka khusus untuk segmen pertengahan dan dikatakan memberi 20% lebih prestasi jika dibandingkan dengan GTX 670. Kad ini datang dengan 1,536 teras CUDA dan mempunyai kelajuan selaju 1046MHz, dan juga kelajuan BOOST 1086MHz. Kad ini juga akan datang dengan 4GB GDDR5 RAM.

Untuk komputer riba pula, NVIDIA melancarkan empat cip berbeza untuk digunakan oleh pengeluar komputer. Cip-cip tersebut adalah GTX 780M, GTX770M, GTX 765M dan juga GTX 760M. Komputer yang akan menggunakan cip-cip ini akan datang ke pasaran tidak lama lagi, bermula dengan komputer dari Razer, Blade.