Advertisement

Oleh RZA – WESC Chambers By RZA

Output Sound: 34mW
Frequency response: 20 - 20kHz
Impedence: 32 Ohms
Plug: 3.5mm Disalut emas

Nilai: 6/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekabentuk: 6/10
Penggunaan: 7/10

Hasil Ujian: Lebih Gaya dari Prestasi

Skor: 7/10

Seperti Beats Audio, produk WESC adalah lebih kepada kategori gaya hidup, yang bermakna ia adalah untuk dilihat. Chambers dari RZA (dari Wu Tang Clan) memang tampak hebat tetapi persoalannya adakah ia mempunyai prestasi bersama dengan gaya ini?

Gaya

Jadi kami telah menyebut yang ada gaya bagi Chambers (dari RZA). Tak banyak tapi. Binaannya terasa murah oleh kerana luaran yang dibuat dari plastik. Ini tidak ketara sehingga kamu mula memegangnya. Walaupun begitu ia bukan isu besar bagi Chambers (dari RZA). Masaalah yang sebenar adalah pad di penekup telinga. Ia adalah amat keras, macam orang yang bertanggungjawab dengan fom ini pernah bekerja di kilang Kevlar.

Prestasi

Agak menarik yang bunyi dari Chambers (dari RZA) tidaklah teruk, tapi ia tidak hebat. Walaupun kualiti audio amat jelas, tetapi ia terasa agak leper dan tiada kedalaman. Bas berbunyi agak biasa, dan juga tiada frekuensi rendah yang penting untuk menikmati beberapa genre muzik. Untuk harga sebegini kami mengharapkan lebih dari yang didapati.